ADAMO Vending Supply Sdn Bhd, pengeluar mesin layan diri milik Bumiputera menyasarkan untuk menambah 300 mesin layan diri di bawah jenamanya dalam pasaran di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Pengurusnya, Ahmad Abul Khir Idris berkata, setakat ini, syarikatnya mempunyai 200 hingga 300 mesin layan diri di sekitar Lembah Klang.
"Dengan mesin layan diri itu, kami dapat menjana pendapatan RM150,000 sehingga RM200,000 sebulan.
"Kami berhasrat untuk terus menambah mesin layan diri milik sendiri ini sehingga ke seluruh negara pada masa akan datang," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Sejak beroperasi, Adamo kini mempunyai 400 hingga 500 usahawan termasuk di Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, syarikatnya juga menjual mesin layan diri kepada usahawan yang berminat di dalam industri berkenaan dan berharap untuk menambah sehingga 1,000 usahawan menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata, selain menyediakan perkhidmatan menjual mesin layan diri, Adamo juga mempunyai air mineral jenama sendiri yang dikenali sebagai Splasshy.
"Kami juga dalam proses menghasilkan beberapa produk minuman sendiri, dijangka pada suku kedua tahun ini," katanya.
Buat masa ini, beliau berkata, syarikat itu membeli mesin layan diri terpakai dari Jepun dan menambahbaikkannya mengikut keperluan negara ini.

0 Komentar untuk " Adamo tambah 300 mesin layan diri "