PERSATUAN Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) membuka cawangan di Yiwu, China menerusi pusat pameran dan jualan dikenali sebagai Anjung Malaysia, sekali gus membuka peluang kepada ahlinya dan syarikat tempatan meluaskan pasaran ke negara itu.
Pengerusi Biro SME (Nasional) Perdasama, Datuk Mohd Fauzi Zakaria berkata, cawangan premis dibuka salah seorang ahli Perdasama pada 9 Januari lalu itu, menempatkan sebanyak 150 produk unit menyimpan stok (SKU) daripada syarikat tempatan.
"Pusat pameran dan jualan ini dibuka sepanjang tahun dan kebanyakan produk di sini terdiri daripada sektor minuman dan makanan (F&B).
"Tahun yang pertama ini, kami menyasarkan menjual produk F&B, sebelum membawa masuk barangan lain.
"Kami menyasarkan membawa masuk 1,000 SKU tempatan dalam masa setahun," katanya ketika ditemui di Majlis Tea Talk Memperkasa Usahawan di Musim Gawat anjuran Perdasama Daerah Petaling di Shah Alam.
Mohd Fauzi berkata, Anjung Malaysia berpotensi perdagangan tinggi kerana ia menjadi tumpuan pelabur dan usahawan dari seluruh dunia.
"Anjung Malaysia yang memfokuskan pasaran produk halal itu menerima kunjungan pelabur dibawa Kerajaan China menerusi misi perdagangan dari pelbagai negara.
"Pusat pameran dan jualan ini merupakan produk pertama halal Malaysia di China dan sekiranya mendapat sambutan ramai, kami akan menembusi pasaran lain terutama di negara Asean," katanya.
Tahun ini, Perdasama menerusi ahlinya bakal membuka cawangan di India seperti Anjung Malaysia di China.
Mohd Fauzi berkata, Perdasama bakal terlibat dalam projek perintis di bawah SME Corporation Malaysia menyokong eksport industri Bumiputera ke luar negara.
"Projek itu akan dilancar tidak lama lagi dan Perdasama akan membawa dua usahawan, enam bulan sekali untuk projek perintis ini. Fokus kami di pasaran China kerana mempunyai hubungan baik dengan kerajaan itu," katanya.
Sehingga kini, seramai 20 daripada 17,000 ahli Perdasama mengeksport produk ke luar negara, sama ada dalam skala kecil mahupun yang besar.

0 Komentar untuk " Peluang usahawan tembusi pasaran China "