ISU penipuan berurusan dengan perniagaan atas talian (online) bukanlah perkara baharu, namun kes penipuan semakin meningkat saban tahun. Entah di mana silapnya, kesedaran mengenai penipuan perniagaan di internet kerap diuar-uarkan, namun ia tetap menjadi duri dalam daging.
Kebanyakan mangsa yang terlibat adalah berumur antara 25 hingga 50 tahun, diperdaya peniaga licik dengan pelbagai cara, antaranya menawarkan harga murah daripada pasaran, produk yang cantik dan berkualiti sekali gus mempengaruhi mangsa dengan memindahkan wang ke sebuah akaun.
Kebanyakan penipuan perniagaan online melibatkan aksesori, gajet, pakaian, telefon pintar, beg tangan, produk kecantikan dan kesihatan serta sebagainya.
Selain berhubung dengan pemilik perniagaan sendiri di media sosial, laman web dan sebagainya, pengguna juga boleh membeli barang melalui saluran perniagaan internet yang menjadi trend terbaharu industri peruncitan pakaian dan gaya hidup di negara ini.
Bagaimanapun, orang ramai yang gemar membeli barangan secara online perlulah lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan.
Selidiki dahulu latar belakang pemilik perniagaan tersebut kerana kebanyakan perniagaan online yang menipu hanya mendaftar syarikat secara atas angin sahaja.
Sebagai pengguna bijak, elak berurusan dengan perniagaan online yang mengambil mudah dalam urusan perniagaan kerana bimbang ia akan menjerat diri sendiri dan terpaksa menanggung kerugian.
Terpedaya harga murah
Terpengaruh dengan harga murah berbanding harga pasaran menyebabkan kakitangan swasta, Salwa Muhammad menjadi mangsa penipuan syarikat kesihatan dan kecantikan.
“Kejadian berlaku pantas, apabila pembayaran dilakukan untuk pembelian produk sebanyak RM200, pemilik syarikat bertanya adakah saya mengikutinya di laman sosial, Instagram miliknya dan perlu memberikan nama kepadanya.
“Saya memaklumkan bahawa saya mengikuti Instagramnya dan menggunakan nama tertentu, tidak sampai 24 jam, saya disekat di Instagram dan telefon bimbitnya,” jelas Salwa.
Salwa memberitahu, sejak berurusan dengan syarikat tersebut, dia meragui cara pembayaran yang diminta, bagaimanapun tetap meneruskan usahanya untuk mendapatkan produk yang dimahukan.
“Malangnya, sehingga ke hari ini, produk yang dibeli tidak sampai. Malah, peniaga tersebut bertindak menukar nama Instagramnya.
“Sejak daripada itu, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis mengenai penipuan tersebut tetapi sehingga ke hari ini peniaga itu masih bergiat aktif,” katanya.
Salwa sangat menyesal kerana terpedaya dengan harga yang ditawarkan lebih murah daripada harga pasaran.
“Pihak berkuasa perlulah membuat sesuatu untuk mengatasi peniaga online yang mengambil kesempatan kepada pengguna,” katanya.

0 Komentar untuk " Bijak berbelanja, jangan tertipu "