Minyak Warisan Tok’ Ad - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Minyak Warisan Tok’ Ad

WARISAN Tok' Ad Enterprise, pengeluar produk berasaskan herba milik Bumiputera menerusi produk Minyak Herba Burung Gut-Gut Tok’ Ad menyasarkan jualan RM1.5 juta sepanjang tahun ini.

Pengurus Jualannya, Mohamad Faisal Zainon berkata, sejak berada di pasaran pada Ogos 2015, syarikatnya mendapat jualan sehingga RM500,000.

"Kami telah jual sehingga 50,000 unit botol dalam tempoh enam bulan pertama ini.

"Kami jangka menjual sehingga 150,000 unit botol lagi dalam tahun ini," katanya kepada Sinar Harian.

Minyak herba burung gut-gut ini berada di 1,000 kedai jamu di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pihaknya menerima permintaan yang banyak daripada pemborong dan kedai kerana ia merupakan produk yang sukar didapati secara komersial.

Mohamad Faisal berkata, syarikat berharap menambah jumlah kedai jamu kepada 3,000 menjelang akhir tahun ini didorong permintaan yang menggalakkan.

"Harapan kami untuk menjadikan minyak herba burung gut-gut ada di setiap rumah dan satu keperluan keluarga," katanya.

Menurutnya, minyak herba itu diperoleh daripada penduduk kampung di Kedah sebelum diproses serta dibungkus di kilang di Sungai Buloh.

Katanya, kapasiti kilang mampu mengeluarkan sehingga 50,000 botol dalam tempoh empat hari.

Katanya, fokus utama syarikat memperkenalkan produk sedia ada kepada ramai pengguna, sekali gus mengurangkan jurang dengan pembeli.

"Produk ini adalah rawatan alternatif merawat masalah tulang patah, sakit-sakit badan bagi ibu lepas bersalin, sakit sendi dan otot dengan hanya RM19.90," katanya.

0 Komentar untuk " Minyak Warisan Tok’ Ad "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ