PIHAK yang prihatin dengan pendidikan kerap membangkitkan isu kegagalan pelajar di daerah tertentu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik. Bagi penulis, antara kumpulan yang dimaksudkan itu, termasuklah pelajar di negeri Terengganu dan di Kelantan. Pelajar di kedua-dua negeri ini dikatakan lebih mengutamakan dialek dalam komunikasi harian mereka, termasuklah di sekolah.
Walaupun memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, sebahagian besar daripada mereka tidak dapat berbicara dengan baik dalam bahasa kebangsaan. Ketandusan maklumat disebabkan kurang gemar membaca menjadikan mutu komunikasi pelajar begitu rendah. Akibatnya, golongan ini juga sukar memenangi hati panel temu duga sekiranya mereka menghadiri sesi tersebut.
Amatlah mustahil untuk kita menidakkan penggunaan dialek dalam kalangan anggota masyarakat, khususnya dalam situasi tidak formal. Oleh sebab itu, di sekolahlah pendidikan bahasa secara formal dijalankan. Hal ini bertepatan dengan pendapat Profesor Atan Long, tokoh pendidikan negara bahawa sekolah ialah institusi pendidikan formal untuk mengubah tingkah laku manusia. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mesti menggunakan bahasa Melayu standard ketika menyampaikan ucapan dalam perhimpunan rasmi sekolah dan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran. Penggunaan bahasa Melayu standard juga perlu dititikberatkan dalam urusan surat-menyurat, penulisan slogan, dan pemberian nama program di sekolah kerana semua itu merupakan urusan rasmi.
Meskipun begitu, dasar penggunaan bahasa semacam kurang difahami oleh sesetengah pihak. Oleh sebab itulah, penggunaan dialek dalam penulisan cogan kata atau penamaan program sekolah kini, kian berleluasa. Apabila perkara ini ditimbulkan, ada yang mendakwa bahawa perkara yang sama turut dilakukan oleh pihak atasan. Apabila dakwaan itu tidak dapat dinafikan, penulis sukar untuk memberikan pandangan sehingga terlintas dalam fikiran, pandirkah aku?
Kesukaran sesetengah guru untuk meninggalkan dialek sewaktu mengendalikan pengajaran dan pembelajaran tidak dinafikan. Terdapat guru yang mengemukakan alasan bahawa mesej sukar diterima oleh pelajar sekiranya bahasa Melayu standard digunakan. Alasan ini perlu diketepikan kerana pelajar tetap memahami pelbagai rancangan televisyen yang menggunakan bahasa Melayu standard, bukannya dialek.
Penggunaan dialek dalam konteks rasmi juga boleh mencemarkan imej bahasa kebangsaan. Sebutan perkataan dalam dialek berbeza dengan sebutan dalam bahasa Melayu standard dan ejaannya juga berlainan apabila ditulis. Sebagai contoh, perkataan “marah” akan disebut dan dieja “maroh” dalam dialek Terengganu. Begitu juga dengan perkataan yang lain, misalnya “masjid” disebut dan diejanya “ssejid”. Bukankah ejaan yang sedemikian merupakan sebahagian daripada pencemaran bahasa? Jika kesalahan tersebut dilakukan pelajar dalam peperiksaan, markah pelajar pasti ditolak. Siapakah yang layak disalahkan?
Selain itu, dialek sememangnya tidak mementingkan tatabahasa. Sila teliti beberapa ayat yang berikut.
1. Maghi ppakak gi ssejid.
2. Kite wat v jjadi llalu.
3. Program Tebeng Sungguh T.
Secara mudahnya, ayat 1 bertujuan untuk memujuk anggota masyarakat ke masjid. Ayat 2 mengajak ahli organisasi melakukan sesuatu agar matlamatnya tercapai dengan serta-merta. Ayat 3 pula semacam kempen untuk memujuk pihak yang berkenaan agar melakukan program dengan sungguh-sungguh.
Orang yang tidak memahami dialek Terengganu akan tertanya-tanya akan maksud ayat yang seumpama itu. Binaan ayat atau frasa sedemikian tetap tidak diterima dalam peperiksaan. Selain mencelarukan ejaan dan tatabahasa, bentuk sedemikian secara tidak langsung menggambarkan pihak yang berkenaan tidak serius melaksanakan tindakan. Jika selama ini pihak swasta dikaitkan dengan pencemaran bahasa, kini institusi pendidikan sendiri yang menggadai wibawa.
Kerugian apakah kita seandainya ketiga-tiga ayat di atas ditulis dalam bahasa Melayu standard seperti yang berikut?
1. Ayuh ke Masjid atau Mari Kita ke Masjid.
2. Lakukanlah sehingga Menjadi.
3. Kesungguhan Asas Kejayaan.
Kelainan yang sedemikian usahlah dikaitkan dengan transformasi. Pandangan ini tidak bermakna dialek tidak penting. Namun begitu, kita sudah diajar bahawa dialek boleh digunakan dalam komunikasi tidak formal. Dalam situasi formal pula, penggunaan dialek amatlah tidak wajar, apatah lagi di institusi pendidikan.

0 Komentar untuk " Dialek dalam situasi formal "