PERCAYA atau tidak, wujud tanggapan bahawa perbendaharaan kata bahasa Melayu kurang lengkap. Menurut tanggapan itu, sering berlaku kesukaran untuk mencari kosa kata bahasa Melayu yang sepadan dengan makna dalam bahasa Inggeris. Antara contohnya ialah perkataan anak; dalam bahasa Inggeris ada perkataan son dan daughter, terus dapat menunjukkan jantina anak, sedangkan tidak sedemikian dalam bahasa Melayu. Namun begitu, bagi menyatakan panggilan untuk anak mengikut susunan umur, bahasa Inggeris menggunakan elder brother, elder sister, younger brother, dan younger sister, sedangkan dalam bahasa Melayu terdapat perkataan abang, kakak, dan adik, yang jelas lebih khusus, tepat dan ringkas.
Cetusan di atas menunjukkan bahawa setiap bahasa mempunyai keistimewaan atau kekuatan tersendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu memang tidak mempunyai kosa kata yang sesuai untuk menyatakan makna bagi bidang yang baharu. Hal itu bukanlah kelemahan bahasa Melayu, tetapi terjadi hasil daripada fenomena sosial, budaya, dan tamadun bangsa Melayu. Sesuatu yang tiada dalam budaya Melayu menyebabkan bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan sendiri untuk mengungkapkan hal itu. Untuk mencipta istilah sendiri yang sesuai tidaklah mudah. Keadaan itu memerlukan bahasa Melayu meminjam atau menggunakan perkataan daripada bahasa lain dari semasa ke semasa. Sebenarnya, masalah ketiadaan kosa kata untuk mengungkapkan hal yang tiada dalam budaya sendiri berlaku juga dalam bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris. Hal itu menyebabkan bahasa antarabangsa itu turut menyerap banyak istilah daripada bahasa-bahasa besar lain.
Oleh hal yang demikian, amatlah penting bagi orang Malaysia untuk menamai sesuatu yang dicipta dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Gunakanlah kosa kata lama yang sudah hampir dilupakan jika tidak dapat mencipta perkataan baharu yang sesuai. Pada peringkat awal kita membuat kereta sendiri dengan kerjasama syarikat dari Jepun dahulu, kita menamainya “Saga”, “Wira”, “Waja”, dan sebagainya. Nama-nama itu indah dan berjiwa kebangsaan. Malangnya, apabila kereta itu dieksport, kita mengizinkan kereta itu diberi nama lain. Persoalannya, mengapakah kita tidak melakukan hal yang sama bagi kebanyakan kereta yang diimport? Cuba kita lihat reka cipta daripada pelajar dan pihak swasta yang memenangi pertandingan di luar negara, adakah mereka menamai ciptaan mereka dengan menggunakan bahasa Melayu?
Bahasa kepunyaan masyarakat penggunanya. Oleh itu, masyarakat itulah yang menentukan makna sesuatu konsep berdasarkan budaya masing-masing. Apabila sesuatu kata diterima atau digunakan masyarakat itu, maknanya dianggap mantap untuk bahasa dan pemahaman masyarakat itu. Pernah digembar-gemburkan dalam media sosial bahawa perkataan “sembahyang” tidak sesuai digunakan untuk maksud “solat” kerana perkataan itu diambil daripada bahasa Sanskrit dan wujud masalah akidah. Dari sudut laras agama Islam, perkataan “solat” memang tepat untuk hal yang dimaksudkan. Namun begitu, dari sudut makna, adakah pengertiannya dalam bahasa Melayu berbeza? Adakah “Ali sedang sembahyang” melakukan niat dan perbuatan yang berbeza daripada “Ali sedang solat”? Kalau niat dan perbuatan itu sama, maka maksud kedua-duanya sama. Hal ini tentulah berbeza kalau “Muthu sedang sembahyang” atau “Ah Chong sedang sembahyang”.
Jelaslah bahawa standard suatu bahasa dengan suatu bahasa yang lain tidak wajar kita bandingkan secara umum. Kita perlu sedar bahawa bahasa diturunkan kepada sesuatu bangsa. Bahasa Melayu diturunkan khusus kepada kelompok yang menghuni alam Melayu. Sudah tentu perbendaharaan kata dan peraturan bahasa Melayu sesuai dengan budaya dan masyarakat Melayu. Ukuran sama ada tepat atau tidak tepat sesuatu makna dalam sesuatu bahasa itu ditentukan oleh masyarakat itu sendiri sebagai pemilik dan penggunanya. Sebab itulah dikatakan bahawa “Bahasa Jiwa Bangsa”. Oleh hal yang demikian, untuk menjadikan bahasa kita yang terbaik, kitalah yang seharusnya meletakkannya di tempat yang tinggi dengan cara sentiasa menggunakannya dan mematuhi peraturan penggunaannya.

0 Komentar untuk " Bahasa jiwa bangsa "