KITA rasa bangga apabila Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang mesra dan hidup tolong-menolong. Tentunya kita gembira juga apabila orang iktiraf negara kita kaya dengan pemandangan yang menawan, pelbagai budaya dan terkenal dengan bermacam-macam jenis makanan.
Tidaklah hairan mengapa Malaysia mampu menarik berjuta-juta pelancong dari merata pelosok dunia setiap tahun. Malangnya, Malaysia juga, antara lain, dikaitkan dengan isu rasuah, salah guna dadah dan dikenali sebagai negara yang kadar kemalangan jalan rayanya antara yang tertinggi di dunia.
Kalau boleh kita tidak mahu dikenali dengan imej buruk dari segi apa pun, tetapi apa boleh buat, angka tidak berbohong. Kita tidak mampu menafikan kebenarannya kalaupun kita mahu berbuat demikian.
Malaysia mencatat 489,606 kes kemalangan jalan raya sepanjang 2015 berbanding 476,196 pada 2014. Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya juga meningkat kepada 6,706 tahun lalu atau purata 18 kematian setiap hari. Sejak 10 tahun lalu, pengguna motosikal merupakan mangsa paling ramai, iaitu 39,744 kematian.
Lebih 80 peratus daripada kemalangan jalan raya di negara kita berpunca daripada kesilapan manusia dan ini disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri Sabtu lalu.
Statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), katanya, menunjukkan hanya 19.4 peratus daripada kemalangan berpunca daripada keadaan jalan raya dan kenderaan. Beliau mengakui kedudukan itu membimbangkan, tambahan pula apabila pengguna jalan raya terus bersikap cuai.
Beliau tidak sembunyikan hakikat apabila berkata: “Memandu secara berbahaya, terlalu laju, tidak memberi tumpuan, memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol dan memandu dalam keadaan letih merupakan punca utama yang mengundang bahaya” di jalan raya. Saya setuju.
Menurutnya, walaupun kerajaan dan agensinya menggerakkan pelbagai inisiatif berkaitan kempen keselamatan jalan raya, bilangan kemalangan terus meningkat. Itu pun saya setuju 100 peratus.
Kita selalu dengar dakwaan bahawa rakyat kita sangat mesra, berlemah-lembut, suka tolong-menolong dan boleh bertolak-ansur, tetapi malangnya, itu berlaku sebelum mereka berada di belakang stereng.
Sebaik sahaja memandu kenderaan masuk ke jalan raya mereka hilang sikap berdisiplin; berubah menjadi pemecut, pembuli, bengis, pemarah dan seperti tidak tahu belas kasihan. Tentunya saya tidak anggap semua pemandu begitu. Ramai juga yang masih bertimbang rasa dan berhemah.
Maka, apakah cara terbaik untuk kita atasi sikap buruk lagi membahayakan ini?
Ketua Polis Negara berkata baru-baru ini, denda ke atas pesalah trafik patut dinaikkan kerana mereka boleh bayar kadar RM300 yang ada sekarang ‘macam kacang putih’.
Percayalah, bagi pemandu yang degil, terutama jenis pelesit dan yang banyak duit, kalau dinaikkan hingga RM1,000 pun dia tetap anggap ‘macam kacang putih’ juga.
Mengapa? Jawapannya kita sendiri tahu. Mereka tahu pihak berkuasa tidak mempunyai penguatkuasaan yang cukup tegas. Sebab itu mereka pecut gila-gila, potong dan belok ikut suka, Pendek cerita, mereka buat jalan raya dan lebuh raya itu seperti mereka yang punya.
Apa susah, pandu laju-laju, terima surat saman, tunggu musim tawaran diskaun atau buat tak tahu sahaja. Bukan kita tidak pernah dengar dan baca kes pemandu-pemandu yang ditahan didapati sudah menerima banyak surat saman kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik, tetapi masih didapati memandu.
Tak tahulah apa jampi yang mereka baca hingga boleh loloskan diri daripada pemeriksaan. Degil dan berani sungguh mereka ini. Saya, kalau dapat sekeping surat saman pun sudah tidak boleh lena.
Saya difahamkan terdapat kira-kira 30,000 pesalah trafik dalam kalangan rakyat kita yang sudah menerima waran tangkap kerana masih tidak menjelaskan denda yang berjumlah RM9.3 juta.
Itu belum lagi kira hampir 43,000 warga Singapura yang masih tidak bayar denda berjumlah RM6.5 juta atas kesalahan trafik yang mereka lakukan di negara kita.
Akhir kalam, kita percaya hanya dua cara yang mampu mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya, iaitu kenaikan kadar denda, yang disokong oleh penguatkuasaan yang betul-betul tegas.
Mesejnya mesti jelas; bayar denda dalam tempoh dua minggu, umpamanya, atau lesen memandu pesalah akan ditarik. Boleh?
Kalau boleh buat begitu, barulah pelesit jalan raya tidak berani lagi perlekehkan denda yang disamakan dengan harga kacang putih.

0 Komentar untuk " Buktikan denda bukan kacang putih "