WALAUPUN sudah banyak penerangan diberikan oleh kerajaan termasuk kandungan teks perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh diperoleh melalui laman web, masih ada pihak yang bimbang mengenai kesannya selain dikelirukan oleh pihak tertentu mengenai faedah penyertaan negara dalam TPPA. Dalam soal jawab Sesi TPPA: Perspektif Malaysia bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini, yang dihadiri ramai ahli akademik turut menyaksikan persoalan hampir sama dibangkitkan.
Antara yang banyak disuarakan ialah kebimbangan orang ramai mengenai kenaikan harga ubat disebabkan perlindungan paten, isu jati diri rakyat Malaysia dan Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Mengenai kebimbangan kenaikan harga ubat selepas TPPA dilaksanakan, Mustapa berkata, ia tidak sepatutnya terjadi kerana tempoh perlindungan paten dalam TPPA tidak berbeza dengan peraturan sedia ada di Malaysia.
Perlindungan paten
Beliau berkata, undang-undang Malaysia pada masa ini memperuntukkan perlindungan paten selama 20 tahun, begitu juga apabila di bawah TPPA. Beliau berkata, negara hanya terpaksa melanjutkan perlindungan paten sekiranya terdapat kelewatan tanpa sebab yang munasabah dalam proses kelulusan permohonan. "Pada masa ini, kerajaan yakin proses kelulusan permohonan paten sedia ada adalah efisien dan tidak akan menyebabkan kelewatan selain pihak berkuasa tidak akan menolak permohonan ubat generik.
"Kajian Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) juga mendapati masyarakat akan terus menikmati akses ubat utama pada harga berpatutan dengan MITI sudah berbincang dengan Kementerian Kesihatan supaya penerangan diberikan kepada rakyat untuk mengelak kebimbangan," katanya. Mengenai ISDS pula, beliau berkata, ia bukan perkara baharu kerana lapan daripada 13 FTA (perjanjian kawasan perdagangan bebas) yang sudah ditandatangani sebelum ini mempunyai peruntukan mekanisme yang diperkenalkan bagi memastikan pelabur asing mendapat perlindungan dan ketelusan terhadap pelaburan mereka.
Jelasnya lagi, mekanisme ISDS bukan setakat melindungi kepentingan syarikat asing, malah ia juga berperanan melindungi kepentingan syarikat-syarikat Malaysia yang melabur di negara luar. "ISDS bukan perkara baharu, dua syarikat Malaysia pernah saman kerajaan asing dan syarikat asing pernah saman Kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, melalui TPPA, syarikat perlu berunding dalam tempoh enam bulan sebelum boleh melakukan saman," katanya.
TETAMU yang hadir mendengar taklimat dan penjelasan TPPA. - Foto Rosela Ismail
Boleh runding ikut terma sendiri
Mustapa berkata, Malaysia mengambil keputusan menyertai TPPA pada masa ini kerana ia membolehkan negara berunding atas terma sendiri dengan memastikan TPPA mengambil kira model pembangunan Malaysia. Beliau berkata, Malaysia terbabit dalam rundingan TPPA selama lima tahun dan ia adalah satu proses yang sukar, terutama dalam mempertahankan isu serta dasar penting. Beliau berkata, hasilnya, kerajaan berjaya mendapat pengecualian dan kelonggaran untuk mempertahankan kepentingan negara seperti dasar Bumiputera dan syarat halal, termasuk kelonggaran untuk had nilai perolehan yang tinggi dan tempoh peralihan yang panjang.
"Ada yang kata Malaysia menjadi pak turut. Sebenarnya, tiada yang memaksa kita. Kalau tiada ilmu, mungkinlah. Selain Malaysia, Singapura Brunei dan Vietnam turut terbabit. Jika kita tak sertai TPPA, kita akan ketinggalan dan berada di belakang negara berkenaan. "Ada juga dakwaan bahawa TPPA adalah agenda untuk membolehkan AS berkuasa di Asia Tenggara. Sebenarnya, dalam TPPA ini, setiap negara ada perspektif masing-masing, ada kepentingan tersendiri, nak menang-menang.
"Kita berpendapat Malaysia sudah berjaya kerana antaranya dapat mempertahankan dasar Bumiputera dan dapat pengecualian untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ia mungkin kekalahan bagi pihak lain, bagaimanapun, kita tak boleh menang semua," katanya. Mustapa berkata, pada masa akan datang, keahlian TPPA akan dibuka kepada negara ahli APEC lain dengan Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Filipina sudah menyatakan hasrat untuk menyertai TPPA selepas mengambil kira manfaat ditawarkan.
PESERTA bertanya soalan pada sesi soal jawab majlis Taklimat dan Penjelasan TPPA, di UKM, Bangi. - Foto Rosela Ismail
Ketinggalan tak sertai sekarang
Beliau berkata, jika Malaysia memilih tidak menyertai TPPA sekarang, negara akan ketinggalan berbanding Singapura, Vietnam dan Brunei serta terlepas peluang meraih manfaat awal berbanding negara yang belum menyertai TPPA. Katanya, jika kerajaan memutuskan tidak menyertai TPPA, Malaysia akan hilang keupayaan bersaing pada tahap sama rata dengan negara ahli TPPA dengan antara kesannya ialah Malaysia menjadi kurang menarik sebagai destinasi pelaburan bagi pelabur yang mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran TPPA.
"Syarikat tempatan dan asing yang kini beroperasi di Malaysia mungkin akan mengecilkan skala operasinya, manakala Malaysia akan berdepan dengan persaingan lebih sengit dari Vietnam dan Singapura dalam menarik pelaburan asing. "Sekiranya Indonesia, Thailand dan Filipina memilih untuk menyertai TPPA kemudian hari, Malaysia akan ketinggalan lebih jauh dengan syarikat Malaysia tidak dapat menikmati keutamaan layanan dan penyertaan dalam merebut perolehan kerajaan di negara ahli TPPA," katanya.
Mustapa berkata, jika Malaysia mengambil sikap tunggu dan lihat dengan hanya membuat keputusan selepas TPPA benar-benar terbukti memberi faedah kepada negara ahli, Malaysia tidak akan memperoleh tempoh peralihan yang panjang seperti sekarang. "Selain itu, tiada jaminan dasar penting seperti agenda Bumiputera dan isu halal akan diberi pengecualian, tiada jaminan negara akan memperoleh kelonggaran dan pengecualian khas serta kerajaan terpaksa akur dengan segala kandungan perjanjian yang sudah ditetapkan," katanya.
Mengenai dakwaan beberapa sarjana ekonomi bahawa Malaysia tidak akan mendapat kelebihan dari segi ekonomi, sebaliknya rugi dari segi peningkatan import, Mustapa berkata, Malaysia menyertai rundingan TPPA selepas mengambil kira manfaat ditawarkan TPPA. Katanya, produk Malaysia juga akan mendapat akses pasaran yang lebih baik di empat negara yang belum mempunyai FTA dengan negara ini iaitu AS, Kanada, Mexico dan Peru. "Walaupun Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan lebih 200 negara di seluruh dunia dengan keutamaan ketika ini adalah ASEAN, Malaysia harus berusaha mempelbagaikan hubungan dagang dengan negara lain kerana pergantungan kepada satu atau dua negara akan membawa risiko yang tinggi.
"Secara keseluruhannya, TPPA mewujudkan situasi menang-menang kepada setiap negara terbabit. Bagi Malaysia, kita berpeluang memasarkan produk seperti tekstil, elektronik, produk sawit dan beberapa barangan lain pada harga lebih kompetitif ke pasaran TPPA termasuk AS yang menjadi pasaran pengguna terbesar dunia," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/116510

0 Komentar untuk " Terima TPPA bukan makna Malaysia jadi 'pak turut' "