NUKLEAR, satu nama yang cukup menggerunkan bagi hampir seluruh rakyat Malaysia, terpalit pelbagai pengalaman mengerikan dalam sejarah bencana kemanusiaan terburuk dunia. Bermula letupan reaktor nuklear Chernobyl, disusuli kemusnahan bom atom Hiroshima dan Nagasaki yang dicanang, dihalalkan untuk menghentikan perang dunia kedua. Sehinggalah mimpi ngeri terbaharu, bencana kebocoran nuklear Fukushima ketika Jepun dilanda bencana berganda gempa bumi dan tsunami. Lihat sahaja tentangan rakyat terhadap rancangan kerajaan membangunkan Lynas dulu dan pertimbangan reaktor nuklear menjelang 2025, menjadi petunjuk penolakan kepada teknologi itu.
Begitu juga penulis yang memiliki latar belakang kejuruteraan Fizik, namun segala-galanya berubah selepas menyaksikan sendiri kemajuan yang dicapai saintis Russia dalam teknologi reaktor nuklear. Mungkin sudah terlalu lama rakyat Malaysia duduk dalam 'tempurung' fobia radiasi sehingga hanyut ditinggalkan kemajuan dunia yang terlalu pantas mengembangkan teknologi pelakuran nuklear generasi baharu.
Kunjungan ke Moscow menerusi jemputan eksklusif State Atomic Energy Corporation (Rosatom) sebagai wakil media global program kemanusiaan saintifik 'Generation Next' anjuran Rosatom and Rossotrudnichestvo, baru-baru ini, membuka mata penulis kepada kemajuan dicapai bekas negara Soviet Union itu. Kemajuan teknologi reaktor nuklear kini membawa kuasa utama dunia bergabung sumber, kepakaran dan pengetahuan membangunkan projek mega Reaktor Eksperimen Termonuklear Antarabangsa dikenali dengan ITER.
Dalam bahasa mudah, manusia kini melangkaui sempadan ketamadunan dunia dengan bergabung kepakaran cuba mewujudkan 'matahari-mini' di bumi, meniru proses pembebasan tenaga bintang terpanas sistem solar itu bagi menuai tenaganya. BOM nuklear milik Russia yang terkuat antara dipamerkan di Pameran Ulang Tahun Ke-70 Industri Nuklear Russia.
Tiru proses pelakuran matahari
Teknologi meniru proses pelakuran matahari itu dikenali Tokamak, konsep cetusan idea tokoh saintis fizik dan matematik terkemuka Russia ketika zaman Soviet Union sekitar era 1950-an iaitu Igor Yevgenyevich Tamm dan Andrei Dmitrievich Sakharov. Secara asasnya, proses pelakuran matahari yang sangat stabil, suhu teras mencecah 15 juta darjah Celsius dan ketepuan tinggi mewujudkan keadaan sempurna proses pelakuran 620 juta tan hidrogen setiap saat yang melepaskan tenaga besar tanpa henti. ITER meniru proses itu, tetapi ia berlaku dalam reaktor pelakuran Tokamak di tengah-tengah pusatnya dengan mewujudkan persekitaran seperti di matahari secara terkawal.
Proses bermula dengan mengalirkan dua isotop semula jadi seperti deuterium dan litium di pusat reaktor berbentuk 'donat', dipanaskan sehingga suhu 100 juta darjah Celsius dalam persekitaran vakum. Suhu lampau panas bertekanan tinggi membentuk plasma dalam pengaruh gelombang magnet, arus elektrik kemudiannya dialirkan bagi meningkatkan suhu plasma dan memulakan proses pelakuran. Persekitaran lampau panas itu memang mencabar tahap kejuruteraan manusia, justeru superkonduktor dipilih untuk pembangunan dinding reaktor supaya mampu bertahan sepanjang proses pelakuran dan menyerap tenaga bagi menjana elektrik. Hasilnya pula tidak mewujudkan bahan sampingan beradioaktif kerana kedua-dua sumber bahan api adalah unsur semula jadi yang hanya mengeluarkan tenaga, isotop helium (4He) dan neutron, bahan neutral di alam semesta.
BAHAGIAN dalam reaktor nuklear Tokamak, Moscow.
Reaktor nuklear Tokamak pertama di dunia
Bagi memahami teknologi termaju itu, penulis dibawa melawat dan melihat sendiri kemudahan termonuklear Tokamak Russia yang juga reaktor nuklear Tokamak pertama dibina di dunia ini. Dikenali sebagai Tokamak T-10, reaktor dibina di Kurchatov Institute National Research Centre, Moscow, itu pernah menjadi Top Secret Russia dan kini masih dikawal ketat tenteranya. Walaupun sudah lebih 40 tahun berlalu, reaktor itu masih berfungsi dengan baik dan pihak institut memeliharanya sebagai lapangan pengajian asas penyelidik mengkaji pembangunan Tokamak pada hari ini.
Oleh sebab itulah Kurchatov Institute National Research Centre diberi mandat menerajui peranan Russia dalam penyelidikan membangunkan teknologi ITER pada peringkat global. Institut yang dinamakan sempena tokoh matematik, Igor Vasilyevich Kurchatov selepas menyempurnakan teknologi Tokomak itu, masih menggunakan T-10 dalam siasatan diagnostik memahami masalah dalam reaktor moden. Usaha menyempurnakan teknologi reaktor pelakuran nuklear Tokamak itu kini penting kerana ia satu-satunya harapan kepada alternatif penjanaan tenaga baharu menggantikan reaktor nuklear konvensional yang sinonim dengan bahan buangan radiasi.
Bahkan, wakil media global 'Generation Next' turut diberi peluang mendalami teknologi nuklear konvensional dengan melawat kemudahan pengilangan milik syarikat usaha sama Rosatom, Mashinostroitelny Zavod (Electrostal). Electrostal adalah syarikat kejuruteraan yang terbabit dalam penghasilan bahan api nuklear untuk Russia menerusi proses pemampatan uranium menjadi palet kepada rod teras reaktor nuklear.
MEDIA antarabangsa mendengar penerangan mengenai penghasilan uranium untuk reaktor nuklear.
Bom Atom 'Terkuat'
Kunjungan ke Pameran Ulang Tahun Ke-70 Industri Nuklear Russia turut memberi peluang melihat lebih dekat Bom Atom 'Terkuat' yang pernah dihasilkan manusia sebagai simbolik kelahiran teknologi nuklear di negara itu. Perlumbaan menghasilkan bom atom terkuat dunia ketika era perang dunia kedua yang lalu kemudian beralih kepada usaha memanfaatkan teknologi itu untuk potensi lebih besar kepada manusia, iaitu menjana elektrik.
Pameran turut menonjolkan keupayaan industri nuklear Russia yang dimanfaatkan untuk memajukan teknologinya yang lain seperti pembangunan kapal pemecah ais berkuasa nuklear, ketenteraan, aeroangkasa dan penyelidikan superkonduktor. Di sebalik pengajaran bencana Jepun baru-baru ini, dunia turut mengalu-alukan pengumuman Rosatom mempertingkatkan teknologi reaktor konvensionalnya dengan aspek keselamatan dan ketahanan bencana termasuk keupayaan penyejukan reaktor secara drastik.
INFO: Teknologi Nuklear Sehingga 23 April 2014, IAEA melaporkan sebanyak 435 reaktor nuklear beroperasi di 31 negara. Malaysia kini disenarai antara negara berpotensi untuk pembangunan reaktor nuklear oleh kuasa besar yang menerajui teknologi itu. Teknologi nuklear digunakan secara meluas untuk manfaat harian manusia seperti pertanian, perubatan, kejuruteraan sehinggalah kepada pemuliharaan bahan sejarah.
Teknologi radiasi kini adalah penyelesaian paling efektif untuk loji penyahgaram berasaskan nuklear yang dimanfaatkan untuk pengeluaran air minuman secara besar-besaran. Radiasi nuklear juga digunakan untuk diagnosis dan rawatan menyelamatkan pesakit kritikal dengan lebih 10,000 hospital kini menggunakan perubatan radioisotopes.
Data Global menunjukkan 25 peratus daripada produk pertanian seluruh dunia terjejas dengan bakteria, serangga dan kulat manakala ternakan daging dan ayam pula dilaporkan penyebab 95 peratus penyakit bawaan makanan yang berpotensi dihapuskan atau dirawat menggunakan rawatan radiasi yang selamat.
Lebih 50 negara kini menggunakan rawatan radiasi bagi menghapuskan pencemaran makanan yang mana radiasi juga selamat untuk mengurangkan penggunaan baja kimia untuk pemeliharaan makanan. Sistem tujahan kenderaan dikuasakan nuklear kini menjadi nadi teknologi pengangkutan termaju dunia yang membolehkan kapal besar, pengangkutan penting dan aset ketenteraan beroperasi dalam tempoh yang panjang tanpa perlu berhenti mengisi bahan api.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/116857

0 Komentar untuk " Russia terajui reaktor nuklear mesra alam "