SAYA tabik kepada Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, atau lebih popular dengan panggilan Dr Vida. Dua jarinya yang diletakkan pada dagu, dan senyumannya yang aduhai-aduhai itu membuat jiwa saya bergetar.
“Barulah putih...” demikian kata-katanya yang menjadi trademark, dan ketawanya yang sempoi itu, memujuk saya untuk tidak pernah terlepas menonton iklan Qu Putih yang menjadi penaja utama program realiti TV, Gegar Vaganza.
Jelas sekali pengasas dan tauke syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd itu memang serba-serbi besar – bisnes besar, duit besar, jiwa besar, hati besar.
Terkini, terbukti cita-citanya juga besar apabila dia berhasrat memajukan sukan bola sepak negara dengan menawarkan penajaan bernilai RM16 juta kepada pasukan The Red Warriors (TRW).
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dengan senang hati menerima tawaran usahawan wanita asal Kelantan itu, dan segera mengumumkan Dr Vida sebagai penasihat kehormat Kafa.
Ada pihak yang sinis – mungkin cemburu! – dengan penglibatan tauke kosmetik dalam bola sepak negara. Konon ada sesetengah individu ingin mencari publisiti murahan dengan menaja pasukan bola sepak.
Murah? Kalau pun benar usahawan kosmetik itu ingin meraih publisiti, saya tidak fikir itu publisiti murah. RM16 juta bukan murahan! Sebenarnya salah satu matlamat penaja ialah untuk publisiti dan branding produk.
Apa tujuan syarikat-syarikat multinasional – Nike contohnya – berbelanja berbilion dolar untuk menaja sukan-sukan tersohor dunia, terutama bola sepak, kalau bukan publisiti dan branding?
Maka pada hemat saya tidak salah sekiranya dua jari Dr Vida terus digedik-gedikkan pada dagu, terus dengan senyuman dan tawa sempoi, asalkan itu boleh melekatkan jenama di hati pengguna, sekali gus meningkatkan jualan.
Sebaliknya kita patut berbangga sebab ada syarikat tempatan sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menaja bola sepak negara. Selama ini hanya syarikat-syarikat gergasi dunia, termasuk Milo dan beberapa bank, yang mampu menyerlahkan jenama pada acara-acara sukan kita.
Harap-harap langkah cemerlang tauke kosmetik itu akan menjadi pendorong kepada syarikat-syarikat kosmetik dan penjagaan tubuh lain untuk turut sama menjadi penaja bola sepak kita.
Kita ada banyak lagi syarikat seperti itu yang selama ini berlumba-lumba mencurah RM juta-juta untuk memasangkan iklan baik menerusi media cetak, elektronik dan maya. Apa kata mereka juga menaja bola sepak dan sukan-sukan popular lain?
Tambahan pula telah diakui bahawa banyak pasukan bola sepak negeri-negeri yang ketirisan dana untuk terus menghidupkan sukan paling popular itu. Jangankan hendak meningkatkan prasarana bola sepak, sesetengahnya tidak cukup duit untuk membayar gaji pemain.
Seperti yang dilaporkan media, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedang mencari penajaan dengan angka RM30 juta untuk memastikan pembangunan bola sepak negeri tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Ada sesiapa berhasrat untuk menaja pasukan Lang Merah?
Tanpa fulus gawang mudah bolos. Bagaimana pemain hendak menumpukan perhatian ketika beraksi di padang sekiranya mereka dibelenggu dengan masalah kewangan gara-gara lambat dibayar gaji atau tidak bergaji langsung.
Maka penajaan mega, tidak kira dari syarikat kosmetik, kilang kasut, pengusaha ubat kuat, tauke kicap dan sebagainya, amat diperlukan untuk memajukan bola sepak kita, dan menjadikan Malaysia antara pasukan terbaik dunia.
Kedudukan kita pada tahap global masih antara yang tercorot. Menurut Fifa kita kini pada kedudukan 171. Timor Leste yang serba-serbi kurang dan mundur pun lebih baik satu mata (170) berbanding kita.
Mudah-mudahan ramai lagi yang terbuka minda dan hati untuk menyumbang kepada tabung bola sepak kita. Syabas kepada JDT yang kini menjadi pasukan terkaya setelah menerima sumbangan RM100 juta, iaitu RM50 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan RM50 juta lagi daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Berbalik kepada RM16 juta, penaja telah mengemukakan 33 perkara/terma kepada Kafa, termasuk menukar warna TRW daripada merah menjadi merah jambu.
Apa sahaja syarat dan terma yang munasabah boleh dipatuhi. Asal jangan tauke kosmetik itu meminta beraksi sebagai penjaga gol Kelantan. Saya yakin Dr Vida tidak macam itu!

0 Komentar untuk " Tabik Datuk, wa caya lu! "