"RINGGIT meneruskan momentum meningkat untuk ditutup hampir pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh minggu berbanding dolar AS berikutan permintaan yang berterusan," kata peniaga.
Pada 5 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.2530/2600 daripada 4.2885/2945 berbanding dolar AS pada Selasa.
"Pada masa sama, pelabur terus mengikuti perkembangan mesyuarat Rizab Persekutuan AS mengenai dasar kadar faedah susulan ekonomi global yang bergerak perlahan," kata peniaga.
Dalam negara, kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali baru-baru ini bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersih daripada sebarang salah laku berhubung sumbangan RM2.6 bilion, telah mengurangkan risiko kepada penarafan negara, menurut Standard & Poor's Ratings Services.
Ringgit juga terus mendapat sokongan daripada permintaan berbanding dolar Singapura dan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9779/9849 daripada 2.9964/9015 pada Selasa.
Ia lebih baik berbanding yen kepada 3.5972/5035 daripada 3.6322/6376 semalam.
Unit tempatan, bagaimanapun, susut berbanding pound British kepada 6.0848/0965 daripada 6.0841/0939 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6209/6302 daripada 4.6500/6582. - Bernama

0 Komentar untuk " Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS "