WGN Scan Sdn Bhd (WGN) mencatat jualan sebanyak RM2 juta bagi perniagaan di Pusat ICT Mara Digital (Mara Digital) dalam tempoh sebulan beroperasi bermula 8 Disember 2015 hingga 8 Januari lalu.
Pengurus Besarnya, Mohd Zaffique Wan Mohamad Zin berkata, jumlah itu adalah tinggi dan melebihi sasaran jualan asal syarikat iaitu sebanyak RM500,000.
"Penyumbang utama kepada jualan datang daripada penjualan komputer riba diikuti telefon bimbit dan aksesori.
"Dengan sokongan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut membantu kepada peningkatan jualan itu.
"Selain itu, Mara Digital juga merupakan kawasan tumpuan orang ramai berikutan terletak di kawasan pusat membeli-belah," katanya kepada Sinar Harian di Kuala Lumpur, semalam.
Berikutan sambutan yang menggalakkan, Mohd Zaffique berkata, pihaknya mahu mengekalkan jualan sebanyak RM1.5 juta sebulan sehingga Mac tahun ini.
"Hanya selepas itu, kami akan memulakan aktiviti promosi dan jelajah bagi memperkenalkan Mara Digital kepada orang ramai di sekitar Lembah Klang.
"Ini kerana kami percaya masih ada pengguna yang tidak kenal Mara Digital," katanya.
Mengulas berhubung perkembangan terkini Mara Digital, Mohd Zaffique berkata, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menambah beberapa tapak dan kedai.
"Kami masih dalam proses membuat reka bentuk dan mendapat persetujuan penyewa.
"Setakat ini, kami ada 38 kedai yang diusahakan oleh usahawan Bumiputera," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Zaffique berkata, Mara masih belum membuat keputusan sama ada WGN akan menjadi penyewa utama bagi Mara Digital yang akan dibuka di Anggerik Mall, Shah Alam yang dijangka dibuka Jun tahun ini.
"Keputusan belum dibuat, semua bergantung kepada Mara," katanya.

0 Komentar untuk " WGN Scan Sdn Bhd (WGN): Capai jualan RM2 juta "