DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menyeru supaya usahawan Muslim memperkukuhkan jaringan dalam menghadapi 2016 yang serba mencabar akibat situasi ekonomi tidak menentu.
Setiausaha Agungnya, Mohsein Shariff berkata, langkah itu bagi memastikan perniagaan usahawan Islam terus berkembang walaupun berhadapan pelbagai cabaran.
"Untuk berjaya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, kita kena bergerak secara berjemaah, namun pada masa ini, usahawan Muslim dilihat masih lagi kurang dari segi memperkukuhkan jaringan.
"Kita percaya, apabila jaringan diperkukuhkan, setiap masalah dapat dihadapi dan diatasi bersama dengan strategi lebih utuh," katanya pada sidang media sempena Seminar Usahawan Super 2016 di Shah Alam, baru-baru ini.
Mohsein berkata, usahawan Islam perlu bersatu dalam mengeluarkan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi dan meneroka lebih banyak pasaran global, selain domestik.
Mengulas mengenai seminar itu, beliau berkata, DPIM bekerjasama dengan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) menganjurkan program tersebut yang akan berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, 30 Januari ini.
Katanya, ia bertujuan melahirkan usahawan yang berinovasi tinggi, berfikiran kreatif, tidak terlalu bergantung kepada kerajaan, berani bersaing di pasaran global, selain menggunakan saluran jaringan usahawan yang besar untuk meluaskan pasaran.
“Ia bagi meningkatkan ilmu keusahawanan dan mempelajari strategi keusahawanan dalam menghadapi tahun 2016 yang serba mencabar.
"Dalam program ini, usahawan dari pelbagai latar belakang akan berhimpun, selaras objektif pelaksanaannya untuk memperkasa jaringan dan membentuk usahawan mukmin yang berfikrah," katanya.
Menurutnya, pihaknya menyasarkan 200 usahawan Muslim bakal menyertai seminar itu.
"Setakat ini, kira-kira 60 peratus tempat sudah dipenuhi dan kami masih lagi mengalu-alukan penyertaan baharu. Bayaran dikenakan sebanyak RM100 seorang, manakala jika mereka datang secara berkumpulan, kami menawarkan harga pakej iaitu RM240 (tiga orang), RM350 (lima orang) dan RM600 (10 orang)," katanya.

0 Komentar untuk " Perkukuh jaringan usahawan Islam "