SYARIKAT P Three Sweetener Global Sdn Bhd (P3) melancarkan tiga produk pemanis baharu dengan sasaran jualan RM20 juta menggunakan teknologi nano, tahun ini.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Aidi Senin berkata peningkatan penyakit disebabkan penggunaan gula putih menyebabkan rakyat Malaysia berisiko tinggi diserang penyakit berbahaya.
"Setiap hari rakyat Malaysia mengambil 400 gram gula sehari dan seramai 3.6 juta penghidap diabetes berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
"Malah pasaran gula tempatan melebihi RM2 bilion setahun, potensi produk kami amat luas kerana gula merupakan barangan keperluan setiap isi rumah," katanya di majlis pelancaran produk baharu P3 di Auditorium Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Dia berkata, tiga produk baharu diperkenalkan itu menggunakan teknologi terkini menghasilkan gula gantian daripada pati tebu hitam asli.
Katanya, selain lapan produk utama keluaran syarikat itu mereka turut menghasilkan Nano Sugar, One Drop cecair dan perisa buah.
"P3 adalah pemanis gula generasi ketiga menggunakan teknologi nano tanpa karbohidrat punca penyakit diabetes.
"Kami melihat industri ini mempunyai potensi tinggi kerana tiada persaingan dan permintaan tinggi daripada masyarakat," katanya,
Bukan sahaja mengeluarkan gula gantian berbentuk kristal putih, P3 turut menghasilkan cecair pemanis dengan kepekatan lima kali ganda lebih manis berbanding gula biasa.
Dia berkata P3 Nanosweeta dihasilkan daripada pati tebu hitam asli menggunakan teknologi nano tanpa penambahan bahan kimia.
"Produk ini tidak mengandungi kalori, kolesterol, karbohidrat, sakarin dan bahan pengawet.
"Ia bagus untuk mencegah penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, darah tinggi, obesiti, diabetes, gout, kanser dan sebagainya," katanya.
Setakat ini, syarikat mempunyai 200 stokis dan pengedar di seluruh negara kini mempunyai 17,000 pengguna.
Bukan sahaja di pasaran tempatan, produk itu turut menembusi Thailand, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.
"Kami berhasrat untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan melihat potensi besar produk ini di pasaran dunia.
"Bagi mencapai sasaran ini, P3 melaksanakan penjenamaan semula dan bakal menganjurkan kempen secara besar-besaran bagi meluas pasaran ke luar negara.
"Hasrat kami adalah memiliki kilang sendiri bagi mencipta pelbagai inovasi dalam sektor produk pemanis," katanya.
Harga bagai satu botol One Drop (10 ml) RM43 manakala 1 pek Sugar Nano (500 gram) RM19 bersamaan 2.5 kilo.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata produk tersebut mempunyai nilai sentimental kepada Karangkraf sendiri.
"Saya berharap pelancaran produk ini dapat membantu rakyat Malaysia mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
"Bagi mempromosikan produk P3, kami mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat ini bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan menyokong sepenuhnya usaha mereka," katanya.

0 Komentar untuk " Pemanis alternatif ganti gula putih "