Ketidaktentuan belenggu keyakinan pemulihan nilai emas - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ketidaktentuan belenggu keyakinan pemulihan nilai emas

KETIDAKTENTUAN masih membelenggu keyakinan ke atas pemulihan nilai emas pada 2016 selepas mencatat kerugian tiga tahun berturut-turut, meskipun kebimbangan ke atas geopolitik semakin meningkat di seluruh dunia.

Ketua Peganalisis Pasaran ForexTime (FXTM) Jameel Ahmed berkata walaupun ketegangan geopolitik sudah agak lama berlaku, belum ada lantunan ketara dalam
penilaian ke atas logam yang dianggap selamat itu sehingga kini.

"Ramai yang bingung kerana walaupun tercetus ketidaktentuan dalam pasaran kewangan tahun lepas, termasuk ketegangan geopolitik, kebimbangan ke atas kelembapan ekonomi China dan ketidaktentuan melampau di Greece, permintaan ke atas emas masih sangat rendah.

"Hanya kejutan daripada Swiss National Bank pada awal 2015 telah meningkatkan minat ke atas logam berharga itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata lantunan pada awal Januari susulan jualan ekuiti global, menyaksikan sedikit potensi peningkatan minat ke atas logam berkenaan.

Namun, Rizab Persekutuan (FED) memain peranan penting dalam dagangan emas, dengan menyakinkan orang ramai bahawa ia mahu menaikkan kadar faedah  empat kali tahun ini, akan mengehadkan tahap pemulihan emas.

Jameel berkata berikutan jangkaan Fed akan sekali lagi menaikkan kadar faedah dalam beberapa bulan akan datang, emas akan terus menghadapi tekanan.  

Beliau berkata dalam aspek teknikal, harga melepasi US$1,110 sebagai halangan utama dan sehingga logam berharga itu ditutup melepasi paras ini, tumpuan pelabur akan tetap ke atas menjual apabila ada kenaikan daripada membeli apabila harga turun. - Bernama

0 Komentar untuk " Ketidaktentuan belenggu keyakinan pemulihan nilai emas "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ