TRUPCO Tours Sdn Bhd (TrupCo) memperkenalkan platform transformasi industri teksi yang dikenali sebagai Teksinet bagi membantu pemandu teksi meningkatkan perkhidmatan terhadap pelanggan, sekali gus menjana pendapatan lebih konsisten.
Pengerusinya, Saify Akhtar berkata, Teksinet menawarkan latihan lebih sistematik dari segi perkhidmatan pelanggan kepada pemandu teksi.
"Platform ini mula dibangunkan sejak enam bulan lalu kerana perspektif negatif orang ramai terhadap industri teksi di negara ini dari segi keselesaan, kebersihan, layanan dan sebagainya.
"Sistem Teksinet ini mempunyai ciri-ciri seperti aplikasi teksi di luar, namun ia ditambah baik lagi bagi memajukan industri teksi," katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Pengurus Besarnya, Khairil Hakma berkata, tiada tempoh tertentu ditetapkan dalam modul latihan Teksinet, sebaliknya ia sentiasa berterusan untuk kemudahan pemandu teksi.
Katanya, bagi tahun pertama pengenalan, syarikat itu menjangkakan 2,000 hingga 3,000 pemandu teksi di seluruh negara mengikuti Teksinet.
"Bagi tempoh enam bulan pertama, Teksinet akan fokus di sekitar Lembah Klang, sebelum diperluas di seluruh Malaysia.
"Bayaran yang dikenakan kepada pemandu teksi untuk menyertai Teksinet adalah minimum serendah RM1 sehari.
"Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan oleh pemandu teksi Teksinet, mereka boleh membuat aduan terus kepada Teksinet," katanya.

0 Komentar untuk " TrupCo perkenal Teksinet "