Datang lambat, balik awal, gaji tinggi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Datang lambat, balik awal, gaji tinggi

PEMILIK restoran Me’ nate Steak Hub, Mustaffa Othman berkata, dia sering kali berdepan karenah anak muda tempatan yang mempunyai sikap kurang menyenangkan dan tidak ikut peraturan yang ditetapkan.

“Ada antara mereka tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan serta sering mengulang kesilapan sama menjadi punca saya ambil warga asing bekerja. Saya akan pastikan mereka beragama Islam, pembersih dan menjaga adab dengan pelanggan.

“Niat saya mahu menolong anak tempatan dengan menawarkan gaji lebih baik serendah RM1,200 berbanding warga asing yang perlu menjalani tiga bulan percubaan sebelum gaji mereka dinaikkan,” katanya.

Mustaffa sikap anak tempatan yang datang kerja lambat, balik awal dan mahu gaji tinggi menyebabkan dia menolak untuk bekerja dengannya.

"Saya dapat lihat kesetiaan pekerja warga asing, pernah beberapa kali mereka meminta untuk berhenti kerja kerana tidak ada banyak tugasan.

"Mereka mahu berhenti dan mencari pekerjaan lain supaya tenaga yang digunakan setimpal dengan gaji yang diberikan. Mereka juga sering bertanya mengenai kerja lebih masa untuk mengumpul wang,” katanya.

Mengakui berdepan pekerja profesional tempatan yang berbangga dengan ijazah diperoleh namun tidak menguasai bidang pekerjaan dengan baik.

“Mereka rasa diri hebat dan layak bekerja di syarikat besar. Saya hanya mahukan pekerja yang sama-sama  memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Tidak mahu kerja susah

Bagi pemilik Bendang Studio yang terletak di Melaka, Rozana Musa, perusahaan industri seramik sering memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk menguasai industri tersebut yang mempunyai pasaran tempatan dan antarabangsa.

Industri itu bergelumang tanah dan dianggap kotor bagi sesetengah pekerja tempatan.

“Setiap produk dihasilkan mempunyai keunikan sama ada pada nilai artistik, seni ukiran dihasilkan dan gabungan warna yang mencantikkan produk. Saya berdepan dengan perangai penduduk tempatan yang tidak mahu bermain dengan selut.

“Saya mengambil pekerja tempatan kelulusan universiti tetapi mempunyai sikap  tidak baik. Tidak mahu susah dan mahu lakukan kerja senang,” katanya.

Sebagai anak tempatan yang bermula daripada bawah untuk berjaya, Rozana memahami sikap pekerja yang perlukan masa untuk belajar.

Bagaimanapun katanya, apabila bertoleransi, pekerja akan mengambil kesempatan dengan membuat kerja sambil lewa dan melakukan kesilapan yang berulang.

“Ini adalah masalah sering dihadapi. Mereka melakukan kesilapan sama dan tidak mahu memperbaikinya.

“Sebab itu saya menggaji warga asing RM100 sehari dan dapati hasil kerja mereka sangat memuaskan. Saya menggaji mereka tinggi kerana pekerjaan ini memerlukan ketelitian dan rumit serta kesabaran tinggi,” katanya.

Ada pekerja tempatan hanya suka-suka untuk bekerja sedangkan permintaan terhadap produk Bendang Studio tinggi.

“Saya merancang mengambil pekerja dari Indonesia kerana di Solo mereka mempunyai sebuah sekolah yang mempelajari bidang seramik. Saya mahu menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

“Saya juga mengambil ibu tunggal bekerja kerana ramai memohon kerja untuk menyara kehidupan. Saya berharap mereka akan memberikan hasil kerja yang baik,” katanya.

Pemilik Kedai Cuci Kereta di Shah Alam, Nor Azian Mohd Azam berkata, pengambilan pekerja asing di beberapa kedai cuci keretanya kerana pekerja tempatan tidak lama bekerja.

“Saya tidak tahu apa masalahnya, kebanyakan pekerja tempatan hanya bertahan seminggu atau sebulan sahaja. Saya bertanya adakah kerana gaji tidak mencukupi atau masalah cuti, mereka mengakui tidak selesa bekerja dalam cuaca panas.

0 Komentar untuk " Datang lambat, balik awal, gaji tinggi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ