*WALAUPUN bukan cikgu, saya angkat topi dan mengucapkan syabas kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menunjukkan keprihatinan tinggi terhadap apa yang beliau istilahkan sebagai ‘guru berduka lara’.
Istilah berkenaan merujuk kepada guru-guru yang tinggal berjauhan dan berpisah penuh gundah-gulana dengan pasangan masing-masing, aduhai. Ada lebih 30,000 kaum pendidik dalam kategori berkenaan.
Kes guru berduka lara ini sudah terlalu lama berlarutan. Ada yang berpuluh kali buat rayuan, tetapi masih terus menderita, serta kegersangan – jiwa dan raga – lantaran terpisah begitu lama dengan pasangan.
Maka Mahdzir kini muncul memberi sinar baharu untuk mengatasi kegersangan yang berlarutan itu.
*KATA Mahdzir, seperti yang dilaporkan media: “Saya amat bersimpati dengan guru-guru yang terpisah dengan suami atau isteri masing-masing sejak beberapa tahun lamanya.”
Mengapakan selama ini tidak ada mana-mana pihak – baik menteri atau ketua jabatan, wakil rakyat – yang bersimpati terhadap kaum pendidik yang terpisah ini? Ada guru wanita mengajar di KL terpaksa pulang ke Kelantan setiap dua minggu untuk bertemu suami.
Kes yang lebih pilu lagi ialah guru yang terpaksa bersendirian dalam seribu kepiluan kerana mengajar di pedalaman Sabah, dapat bertemu pasangan di Semenanjung hanya dua atau tiga kali dalam setahun.
Malah, ada pasangan yang terpaksa bercerai, kerana masing-masing tidak terdaya mengharungi hidup yang penuh kegersangan.
*SEMOGA lebih 30,000 yang berduka lara ini dapat tinggal serumah dan membina kehidupan bersama orang-orang tercinta.
Menurut Mahdzir Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah diarahkan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas melihat masalah ini.
Kata menteri berkenaan: “Dalam tempoh tiga bulan dari sekarang apabila kajian siap, saya akan buat pengumuman apakah sistem dan formula yang baik untuk menyelesaikan masalah tersebut.”
Bagi yang telah menunggu tiga atau empat tahun, tentu tidak keberatan menunggu hanya tiga bulan lagi untuk penyelesaian satu masalah.
*SEBAGAI manusia, tidak kira guru atau bukan guru, berpisah lama dengan pasangan masing-masing memang satu penyeksaan. Bagaimana dapat mengajar dengan tenang sekiranya fikiran selalu melayang mengingatkan pasangan yang terpisah.
Bagaikan lesung dan alu – lebih-lebih lagi lesung dan alu baharu! – perlu bertemu untuk menghilangkan keresahan. Apabila lama tidak bertemu, fikiran menjadi buntu, apa dibuat semua tidak kena. Ini hakikat dan tuntutan semula jadi mana-mana kehidupan.
Nampaknya telah sekian banyak kita ada Menteri Pendidikan, Mahdzir juga yang benar-benar memahami dan bersimpati dalam kes lesung dan alu. Maka, sekali lagi saya mengucap syabas kepada menteri yang seorang ini!
*JOHOR bertegas mengharamkan vape mulai tahun depan. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu semua produk vape diharamkan di seluruh negeri, pengusaha premis peranti vape mesti menamatkan operasi tanpa sebarang alasan.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah memutuskan hukum menghisap rokok elektrik (vape) dan shisha stick adalah haram.
Tetapi negeri-negeri lain masih tidak membuat keputusan mengenai rokok elektronik itu. Perlis, Terengganu dan Melaka setakat semalam masih dalam keadaan tunggu dan lihat, masing-masing akan mengikut apa yang disyorkan Kementerian Kesihatan.
Sementara itu umum bertanya: kenapa hanya vape yang hendak diharamkan, padahal telah terbukti secara saintifik rokok lebih berbahaya daripada vape?
*AKHIR kalam, fakta daripada Kementerian Dalam Negeri menyebut 488,787 warganegara Malaysia dilarang keluar negara atas pelbagai sebab sehingga 19 Oktober tahun ini.
Antara sebab mereka dihalang ke luar negara ialah perintah mahkamah, tidak melangsaikan cukai pendapatan, tidak membayar hutang bank, serta culas hutang PTPTN.
Pendek kata, hutang tidak kira yang kecil atau yang berbilion-bilion perlu dilangsaikan supaya kita selamat dunia dan akhirat...

0 Komentar untuk " Simpati pada guru berduka lara "