INI episod lama yang membawa nilai perbandingan yang bererti. Tiada hulu tiada parang, tiada dulu tiada sekarang. Apabila saya hendak berpindah dari rumah sewa yang saya sewa dengan elaun perumahan kerajaan, saya mendapat tahu seorang Tan Sri yang baharu bersara sebagai Ketua Setiausaha sebuah kementerian kanan akan menyewa rumah itu.
Itu awal 1971. Dasar Ekonomi Baru hanya berusia setahun. Ketika saya bertugas di pejabat majikan baharu, saya terjumpa beliau, menunggu giliran untuk berjumpa seorang pegawai.
Beliau beritahu saya hendak membuat susulan tentang pembelian sebuah tapak rumah. Sememangnyalah, majikan baharu saya itu ialah badan pembukaan dan pembangunan tanah untuk membuat perumahan awam dan bangunan industri.
Dipendekkan cerita, dua tiga tahun kemudian, saya mendapat tahu Tan Sri itu telah siap membuat sebuah rumah di kawasan pilihannya. Tinggallah beliau di situ dengan tenteram atas pencennya yang selesa dan sepadan, sehingga beliau meninggal kira-kira 10 tahun selepas bersara.
Kini senario itu hanya milik sejarah. Kebanyakan – kalaupun tidak semua – pesara-pesara seperti Allahyarham Tan Sri itu sudah diberikan tempat sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan korporat atau berkanun dengan jumlah elaun lebih besar daripada jumlah pencen atau gaji terakhir.
Kereta yang menjadi kemudahan pengangkutan adalah lebih besar dan lebih berharga daripada kereta-kereta peribadi mereka. Segala perubahan ini berlaku apabila kerajaan mula menyertai lapangan korporat dan swasta.
Tabungan yang besar mula mengiringi badan-badan pembangunan ekonomi di peringkat negeri dan badan seperti Pernas di peringkat pusat. Jumlah badan-badan itu sudah cukup banyak, namun ia diperbanyakkan berkali ganda lagi dengan lahirnya anak-anak syarikat dan tertempelnya syarikat-syarikat usaha sama.
Ini memerikan bagaimana begitu ramai pesara kanan kerajaan mendapat tempat lumayan pasca persaraan. Kini, sejak sekian lama, badan korporat kerajaan, GLC, yang bertabungan maha besar – lebih besar daripada bajet tahunan kerajaan Pusat – berfungsi seolah-olah seperti kerajaan di luar kerajaan tetapi mempunyai bos yang sama: perdana menteri (PM).
Hakikatnya, PM sebagai ahli politik bertumpu kepada hal ehwal politik negara, parti sendiri dan inter-parti serta politik global. Bangsa-Bangsa Bersatu, IMF dan Asean menjadi keutamaannya, kini ditambah pula dengan Asean Community (AC).
Semuanya itu sudah cukup untuk PM mempunyai urusan ke takat hidungnya. Untuk membuat temu janji dengan rakan taulan menjadi satu masalah besar. Ini bertambah rumit lagi apabila gerak-gerinya di luar pejabat selalu diawasi rapat oleh ramai penjaga keselamatannya.
Justeru, suka atau tidak, ‘kerajaan’ korporat menjadi relatif bebas daripada penumpuan PM. Wajarnya bukan senang bagi PM membuat keputusan yang lain daripada rekomendasi GLC tertentu tanpa hilang keyakinan kepada pihak yang membuat rekomendasi.
Jika ada ahli-ahli veteran Umno dan BN terasa ternafi mendapat tempat dalam GLC dan badan-badan kerajaan lain, maka sebab musababnya tertuding kepada hakikat bahawa mereka tidak pernah ada hubungan dengan pihak perekomen begitu. Maka realitinya ialah: rata-rata GLC dan badan-badan berkanun kerajaan dipenuhi orang korporat dan pesara-pesara kanan kerajaan.
Apa yang diperhatikan ialah, pihak pemimpin kerajaan lebih cenderung bersikap pilih kasih terhadap mereka dan kurang atau langsung tidak kasih kepada rakan-rakan atau bekas rakan-rakan politik.
Memang benar orang politik mungkin terbawa-bawa dengan kebiasaan sikap menyokong dan menentang kerana itulah asam garam politik. Sebaliknya, orang korporat dan bekas pegawai kerajaan banyak bersikap menurut budaya akur dan ‘yang menurut perintah’.
Oleh itu dalam suasana bekerja yang amat sibuk, pemimpin-pemimpin kerajaan terasa lebih aman mempunyai orang korporat atau bekas pegawai kerajaan untuk menjalankan tugas.
Asas sebab itu memang kena pada tempatnya, tetapi apabila ia dipegang terlalu sangat, maka semangat setia kawan dan senasib dalam kalangan ahli-ahli politik akan terjejas.
Kesan pertama jejasan begitu kelihatan pada tindakan dan percakapan yang berbau tidak setia. Darabkannya beratus dan beribu kali, maka akar umbi yang masih dipimpin atau yang masih ada kaitan dengan mereka tidak mungkin terlepas bebas dari kesan begitu.
Saya terngiang-ngiang terasa sebahagian masalah yang dihadapi kepimpinan parti dan kerajaan kini adalah berpunca dari situ.
“Apabila berkerajaan, ahli parti jangan dipinggirkan,” kata mendiang Winston Churchill.

0 Komentar untuk " Pilih kasih jejaskan politik "