Ujian dan musibah paling berat di atas muka bumi adalah fitnah. Sejak zaman Rasulullah SAW, tiada terkecuali walau sedetik pun sikap manusia yang digelar munafik ini untuk terus mencipta helah, kemudian mempersembahkan tuduhan tanpa bukti sehingga berlaku permusuhan yang luar biasa. Rakaman kisah fitnah Saidatina Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW dikongsi Ustaz Syaari Abdul Rahman dalam rancangan Ibrah yang bersiaran pada jam 5.15 petang di IKIMfm pada Isnin minggu lalu. Aisyah RA adalah seorang wanita perawi hadis yang paling hebat kerana menghafaz hadis Rasulullah SAW dan meriwayatkannya.
Oleh yang demikian, kata Ustaz Syaari, tidak mustahil bagi wanita itu menjadi guru kepada umat dalam menjalankan misi dakwah mentarbiah dan mendidik insan di muka bumi ini.
Fitnah terhadap Aisyah
Peristiwa fitnah ini dirakamkan melalui peristiwa hadis ifki (berita bohong) mengenai isteri Nabi Muhammad SAW itu. Dalam satu perjalanan kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat dan Aisyah RA keluar dari peterananya yang dipasang di atas punggung unta untuk menunaikan hajat. Tiba-tiba Aisyah RA berasa bahawa kalungnya hilang dan pergi mencarinya. Oleh kerana rombongan yang membawa Aisyah RA menyangka beliau berada di dalam peterananya, mereka pun meneruskan perjalanan.
Selepas mengetahui rombongan itu sudah berangkat, maka Aisyah RA pun duduk ditempatnya berselimutkan jilbab. Selepas itu, seorang sahabat Rasulullah SAW, Safwan bin Muattal, yang ditugaskan menjaga pasukan berkenaan dari bahagian belakang melihat Aisyah RA berbaring sendirian. Apabila melihatkan keadaan itu, Safwan mengejutkan Aisyah RA daripada pembaringan sambil mengucapkan, inalillah wa inna ilahi rajiun. Kemudian, Aisyah RA membalas dengan kata-kata yang sama. Pada waktu itulah hebohnya fitnah kepada Aisyah RA. Fitnah berkenaan disebarkan tentera munafik.
Rasulullah SAW yang mendengar perkhabaran itu mengendurkan hubungannya dengan Aisyah RA sehingga turunnya wahyu daripada Allah SWT menjawab segala tohmahan yang dilakukan. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan dia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (Surah An-Nur ayat 11)
Aisyah RA yang sangat berpegang dengan ayat suci al-Quran, mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana membersihkan namanya daripada fitnah keji itu. Dalam Surah An-Nur ayat 12 hingga 21 diperincikan kisah berkaitan dengan peristiwa hadis ifki berkenaan dengan tohmahan yang dilakukan Abdullah Ubay kepada Aisyah RA. Firman Allah lagi: "Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh sangka baik kepada diri mereka sendiri dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta." (Surah an-Nur ayat 12-13)
Fitnah harus dibuktikan
Begitulah Allah SWT mengingatkan melalui peristiwa ini bahawa segala tohmahan dan fitnah harus dibuktikan dengan pengesahan yang benar-benar sahih. Perkembangan teknologi pada hari ini menjadikan kita mudah memuat naik (upload), juga menghebahkan (share) perkara yang tidak dipastikan kesahihannya. Islam mendidik umatnya untuk memastikan dan menyelidik (tabayyun) setiap sumber agar tidak menghebahkan perkara yang boleh mendatangkan permusuhan dan perkelahian kepada orang lain.
Hal ini diperingatkan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah an-Nur ayat 19) Oleh yang demikian, tidak hairanlah bahawa fitnah yang melampaui batas terus berlaku hingga ke zaman ini. Orang Mukmin yang beriman perlu meneladani dan mempelajari serta mengambil ibrah daripada peristiwa ini. Penulis ialah Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio IKIMfm
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103393

0 Komentar untuk " Selidik sumber, elak fitnah cetus permusuhan "