SUATU kelainan dibuat butik My Designer ini apabila menyediakan jualan borong kepada pelanggannya.
Walaupun berkonsepkan butik, tetapi ia tidak mengehadkan pembelian secara runcit sahaja.
Pemilik butik, Nora Syikin Zakaria berkata, My Designer merupakan platform untuk pelanggan membeli secara pukal.
"Apabila kami membuat jualan seperti ini, ia secara tidak langsung membuka peluang kepada pelanggan membeli lebih banyak pada harga borong.
"Seterusnya beri ruang kepada pereka fesyen kami terus menghasilkan lebih banyak busana," katanya.
Terletak di Damansara Perdana, My Designer kini mempunyai lima pereka fesyen muda yang terdiri daripada lulusan fesyen.
"Pembelian secara borong merangkumi semua produk dijual seperti jubah, baju kurung, seluar, tudung dan pelbagai lagi.
"Kami jadikan butik sebagai one stop centre untuk semua pelanggan mendapatkan keperluan harian, kasual dan santai," katanya.
Jelasnya pakaian ready to wear ini sesuai untuk semua termasuk untuk pakaian Muslimah.
"Dengan kelebihan lima pereka fesyen dan saya sendiri, kami pasti pelanggan berpuas hati dengan rekaan, malah harga kami berpatutan.
"Ditambah dengan pembelian secara borong, ia diharap dapat menambat hati pelanggan," katanya.

0 Komentar untuk " My Designer buat konsep jualan borong "