ISLAM amat menitikberatkan ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin tidak kira pada kedudukan mana sekalipun pemimpin itu. Walau bagaimanapun ketaatan bukanlah secara membuta-tuli.
Prinsip ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin dalam Islam sentiasa diikat dengan kerangka syariat. Ketaatan kepada pemimpin juga merupakan paksi utama dalam mengendalikan sebarang urusan ukhrawi atau duniawi. Bahkan, kepatuhan kepada pemimpin merupakan asas kestabilan sesebuah organisasi yang akan menentukan kestabilan negara. Firman ALLAH SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 59:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasulullah, dan kepada “ulil-amri” (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu..”
Namun, ketaatan kepada pemimpin bukanlah ketaatan yang mutlak sebagaimana ketaatan kepada ALLAH dan Rasul. Sebab itulah dalam ayat 59, Surah an-Nisa’, diulangi perkataan “taatlah” hanya merujuk kepada ALLAH dan Rasul, dan tidak diulangi perkataan “taatlah” tersebut kepada “ulil-amri”. Ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada suruhan pemimpin adalah berdasarkan ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-Nya, yang sudah tentu bukan dalam perkara maksiat.
Asas ini juga disebut oleh baginda dalam sabdanya:
“Tidak ada ketaatan dalam melakukan maksiat, sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara kebaikan (makruf)”. Hadith sahih riwayat Bukhari.
Justeru, adalah menjadi kewajipan kepada seseorang untuk patuh dan taat kepada pemimpin selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Timbul pula persoalan, bagaimana dengan pemimpin yang tidak menyuruh untuk melakukan maksiat dan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama, tetapi pada masa sama, pemimpin tersebut melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang di bawahnya? Atau lebih daripada itu dengan melakukan kezaliman atau penyelewengan? Perlukah pemimpin seperti ini ditaati perintahnya?
Dalam banyak hadis, ditegaskan oleh Baginda SAW supaya seseorang itu masih lagi perlu taat dan patuh, serta bersabar terhadap pemimpin, walaupun mereka melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang bawahannya. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang melihat ketuanya melakukan sesuatu perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar”. Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Apatah lagi, jika tidak taat kepada pemimpin itu hanya kerana luarannya yang tidak begitu sempurna, atau dirasakan pemimpin itu lebih rendah kedudukan dan pangkatnya di sisi manusia, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Aku berpesan kepada kamu supaya bertakwa kepada ALLAH, dengar dan taat (kepada pemimpin) walaupun dia seorang hamba Habsyah (berkulit hitam)”. Hadith sahih riwayat at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Hibban.
Begitulah peri pentingnya ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin, sehinggakan Rasulullah SAW menggolongkan mereka yang mati dalam keadaan tidak taat dan patuh kepada pemimpin adalah termasuk dalam golongan yang mati dalam keadaan jahiliah, sebagaimana sabda Baginda:
“Sesiapa yang mengeluarkan dirinya dari taat (kepada pemimpin), dia akan bertemu dengan ALLAH pada hari kiamat, tidak ada hujah baginya, dan sesiapa yang mati sedangkan tidak ada di lehernya sebarang perjanjian (iaitu tanggungjawab untuk taat kepada pemimpin), maka dia dalam keadaan mati jahiliah”. Hadith sahih riwayat Muslim.
Namun, ini tidak bermakna seseorang yang taat kepada pemimpin yang melakukan kezaliman dan penyelewengan adalah mereka yang turut sama reda dengan kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan. Ini kerana, jika dia tidak mampu mengubah kemungkaran tersebut dengan lidah dan tangannya tanpa mendatangkan mudarat dan fitnah yang lebih besar, maka wajib baginya untuk benci dan tidak reda kepada maksiat tersebut, dalam keadaan dia masih taat dan patuh kepada pemimpin itu untuk perkara makruf.
Bagi para pemimpin pula, mereka hendaklah sedar bahawa ketaatan yang diberikan kepada mereka adalah semata-mata kerana patuh kepada perintah ALLAH dan Rasul-Nya. Bahkan, para pemimpin juga perlu sedar dan insaf bahawa mereka bertanggungjawab atas setiap pekerjaan yang dilakukan kerana ia akan dihitung di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin”. Hadith sahih riwayat Bukhari.
Kesimpulannya, Islam amat mementingkan ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin, kerana dari situlah akan lahirnya kekuatan, perpaduan, kestabilan, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan, serta kemajuan untuk Islam dan umatnya. Sebaliknya, hanya kerosakan dan fitnah akan berlaku kesan daripada ketidaktaatan kepada pemimpin.
* Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

0 Komentar untuk " Sejauh mana perlu taat pemimpin? "