Beberapa siri serangan di Paris, Beirut serta Mali dan terbaru, tuduhan mengebom pesawat awam milik Russia, timbul pelbagai persoalan mengenai gerakan yang menggelarkan diri sebagai kumpulan militan IS. Adakah IS mempunyai matlamat tertentu kerana jika diteliti hala tuju dan tindakan, mereka melakukan serangan secara berpilih walaupun melaungkan perjuangan itu kononnya atas nama Islam. Apakah sebenarnya agenda mereka, siapakah dalang di sebaliknya dan siapakah pemimpin mereka sebenarnya. Wartawan BH Ahad, MOHD AZIS NGAH dan MOHD ANWAR PATHO ROHMAN mendapatkan pandangan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar dan Pensyarah Sains Politik/Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga pakar dalam kajian ekstremis agama dan isu keganasan, Ahmad El-Muhammady yang berkongsi pengalaman hasil kajian terbaharunya mengenai fenomena IS serta kesannya kepada Malaysia, untuk membincangkan isu ini.
Dr Chandra Muzaffar PRESIDEN Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar. - Foto Asyraf Hamzah
S: Seluruh dunia hari ini sibuk memperkatakan tindak-tanduk ganas kumpulan militan menggunakan nama Islam kononnya berjuang untuk menubuhkan IS. Pada pendapat Dr, apakah sebenarnya yang diperjuangkan kumpulan ini?
J: IS muncul daripada serpihan kumpulan al-Qaeda iaitu organisasi pengganas yang wujud di Iraq selepas Presiden Saddam Hussein digulingkan Amerika Syarikat (AS). Selepas menguasai Iraq, AS membantu negara itu melaksanakan pilihan raya pada tahun 2006 atas nama demokrasi, namun keputusannya tidak seperti diharapkan AS. Pada pilihan raya itu, ramai calon yang menang adalah daripada golongan Syiah kerana mereka majoriti. Perhitungan AS dan sekutu mereka bahawa kerajaan baharu Iraq yang terbentuk selepas itu akan menyokong mereka, ternyata meleset. Sebaliknya, kerajaan yang wujud lebih akrab dengan Iran, negara yang kuat mengamalkan ajaran Syiah. Iran diketahui sebagai memusuhi AS dan Israel. Oleh itu, bagi mengimbangi kesilapan ini, AS dan sekutunya seperti Britain, Perancis dan Israel menggerakkan organisasi kononnya mahu menubuhkan negara Islam. Pada ketika itu, ramai golongan Sunah menyertainya kerana menganggap tidak bertindak adil terhadap mereka. Namun lama-kelamaan, mereka meninggalkan IS kerana menyedari perjuangannya amat bertentangan dengan ajaran Islam. Mutakhir ini, IS dianggotai pengganas yang menggunakan Islam untuk menghalalkan tindakan mereka.
S: Bagaimana IS mendapat senjata, modal, dana dan maklumat untuk melancarkan serangan?
J: IS berasal daripada al-Qaeda yang mendapat dana dan senjata dari negara kuasa besar. Ini percaturan politik dan keselamatan kuasa besar untuk menjaga kepentingan mereka, negara proksi dan keselamatan Israel. Kini, Negara Teluk turut mengharapkan IS menjaga keselamatan mereka daripada ancaman negara jiran. Ia agak kompleks tetapi bukan rahsia lagi. J: IS tidak mewakili Islam dan tidak boleh dianggap mewakili Islam kerana jelas tindakan mereka amat bertentangan dengan ajaran murni agama Islam. Mereka adalah jelmaan pengganas yang ditaja individu, kumpulan serta negara tertentu di rantau Asia Barat dan Negara Teluk yang menjadi proksi kuasa Barat bagi menjaga kepentingan mereka di rantau itu. Kalau kita lihat, IS tidak menyerang Israel yang diketahui menjajah, menindas dan membunuh penduduk Palestin. IS membunuh orang Islam sama ada Sunah atau Syiah di Iraq serta Syria. Ini hakikat yang perlu diketahui masyarakat dunia dan orang Islam.
S: Mengapa Dr mendakwa gerakan IS didalangi individu, kerajaan dan negara di Asia Barat?
J: Kita harus sedar apa yang berlaku di rantau Asia Barat, lebih tepat lagi negara Arab atau Negara Teluk adalah percaturan kuasa besar untuk menguasai kawasan minyak. Kedua, kuasa besar mahu melindungi negara haram Israel. Oleh itu, Iraq dijajah dan Saddam digulingkan bagi menamatkan ancaman Iraq terhadap Israel. Negara kuasa besar turut berjaya menghapuskan Presiden Libya, Muammar Gaddafi yang juga penentang kuat Israel. Begitu juga Syria di bawah Presiden Bashar al-Assad memberi bantuan kepada pejuang Palestin melawan tentera Israel. Bagi melindungi Israel dan kepentingan mereka di negara Arab, khasnya sumber minyak, IS digerakkan kononnya bagi mewujudkan negara Islam, tetapi yang menjadi sasaran pembunuhan adalah orang Islam sendiri.
S: Mengapa IS tidak menyerang Israel sahaja jika mereka benar-benar mahu mewujudkan negara Islam?
J: Ini yang menjadi tanda tanya paling besar yang perlu disedari semua masyarakat. IS mendakwa mereka memperjuangkan penubuhan negara Islam, tetapi lebih banyak membunuh orang Islam di Iraq dan Syria. Saya percaya IS adalah satu daripada sayap Israel untuk menghancurkan negara Islam terutama yang berjiran atau berada di sekeliling mereka. IS menggunakan Islam sebagai alat untuk menghalalkan perjuangan mereka. Pada masa sama, IS juga bertanggungjawab menjaga telaga minyak dan kepentingan negara kuasa besar yang bertaburan di rantau Asia Barat. IS tidak menghancurkan gereja dan kuil ibadat Yahudi di Mosul serta Aleppo, Syria. Mereka juga tidak membunuh Yahudi. Malah, anggota IS yang cedera dalam pertempuran di Syria, akan dihantar mendapatkan rawatan di hospital di Israel. Ini bukti yang perjuangan IS menipu umat Islam dan masyarakat dunia.
S: Selain melancarkan serangan di Paris, Beirut dan Mali, pengganas IS turut dituduh mengebom pesawat awam milik syarikat Russia. Apa yang boleh Dr ulas mengenai perkembangan ini?
J: Ini antara rancangan licik kuasa besar untuk mengheret Russia dalam konflik di Asia Barat. Kuasa besar dapat menghidu yang tindakan Russia boleh mengacau perancangan mereka memelihara kepentingan di Iraq, melindungi negara proksi dan menjamin keselamatan Israel. Russia diheret dengan konflik ini supaya memihak kepada mereka atau tunduk kepada tekanan mereka. Dunia tahu Russia mempunyai hubungan akrab dengan Syria. Untuk merosakkan hubungan dua negara ini, mereka harus mencipta konflik termasuk menghapuskan pengaruh Bashar.
S: Apakah peranan yang patut Malaysia mainkan sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani ancaman IS?
J: Saya fikir Malaysia harus lebih lantang menyuarakan pandangan supaya tindakan berkesan menyekat kemasukan dana, bantuan ketenteraan dan modal kepada pengganas IS yang ketika ini memperoleh dana menerusi dua sumber iaitu penderma individu, kerajaan dan negara tertentu. Kedua, IS memperoleh dana menerusi penjualan minyak. Di Iraq, IS menguasai banyak telaga minyak khasnya di Mosul. Dengan menjual minyak, mereka mendapat sumber kewangan. Ini jelas membuktikan IS adalah proksi kuasa besar kerana mereka boleh menjual minyak kepada pihak lain untuk mendapatkan dana. Saya difahamkan, kumpulan IS mampu memperoleh pendapatan AS$4 juta sehari menerusi urus niaga hadapan minyak. IS adalah pengganas paling kaya di dunia. Dalam hal ini, jika hendak memerangi keganasan dengan efektif, kita mesti menghancurkan sumber kewangan mereka. Ahmad El-Muhammady PAKAR dalam kajian ekstremis agama dan isu keganasan, Ahmad El-Muhammady.
S: Berdasarkan hala tuju dan tindakan, adakah IS berada dalam kategori sama dengan pengganas lain?
J: Pada awalnya, ramai umat Islam menganggap IS kumpulan yang memperjuangkan Islam dan umatnya. Namun, sokongan ini semakin luntur apabila IS mula mengganas dengan menyembelih dan membakar tawanan perang atas nama qisas (bunuh balas). Masyarakat Islam dan antarabangsa mula mempersoalkan apakah ini ajaran Islam? Imej IS semakin buruk apabila menyerang sasaran di luar Iraq dan Syria. Serangan di Paris dan pengeboman pesawat Russia di Sinai menguatkan lagi keyakinan IS kumpulan pengganas, bukan kumpulan berada di landasan agama Islam. Tindakan IS jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang berpaksikan prinsip 'rahmatan lil 'alamin'.
S: Logiknya, IS tidak mampu berdiri teguh tanpa sokongan kuasa besar termasuk bekalan senjata?
J: Dalam teori insurgensi, untuk terus berfungsi sebagai kumpulan penentang, sokongan dalam dan luar yang berterusan amat perlu. Dalam konteks IS, ada beberapa faktor yang menjadi teras kekuatannya. Pertama, ialah core group. IS mempunyai tentera berpengalaman perang insurgensi berbanding kumpulan lain. Dua pemimpin awal IS (bekas pemimpin al-Qaeda) di Iraq iaitu Abu Mus'ab al-Zarqawi dan Abu Ayyub al-Misri pernah berperang di Afghanistan. Apabila Amerika Syarikat (AS) menduduki Iraq (2003), mereka pulang dan menubuhkan kumpulan insurgensi menentang AS di Iraq. Pengalaman ini menjadikan mereka kumpulan insurgensi paling berpengalaman di Iraq dan Syria. Kedua, mereka dilatih bekas tentera Iraq yang mahir. Ketika pencerobohan AS, tentera Iraq dibubarkan. Bekas tentera ini menyertai kumpulan penentang termasuk al-Qaeda melawan AS dan rejim pro-Syiah di Baghdad. Ketiga, mereka merampas senjata dan inventori tentera Iraq yang lari meninggalkan pos kawalan semasa penaklukan Mosul (Jun 2014). Mosul amat mudah ditawan kerana tentera IS tahu selok-belok bandar itu hasil latihan dan risikan bekas tentera Iraq. Sebanyak 2,300 Hamvee dirampas ketika itu. Keempat, merampas senjata sekutu yang tidak sehaluan, misalnya Free Syrian Army (FSA) dan Jabahah al-Nusrah. Senjata ini dibekalkan AS kepada FSA yang berhaluan sederhana di Syria. Kelima, hasil jualan minyak AS$3 juta (RM12 juta) sehari. Mengikut pengakuan rakyat Malaysia yang pulang dari sana, IS boleh membayar gaji setiap tentera mereka antara AS$200 (RM840) hingga AS$1,000 (RM4,200). Tiada kumpulan yang mampu membayar sebanyak itu. Ini menjadikan mereka kumpulan paling ramai dan kuat. Keenam, jualan artifak, peras ugut dan cukai. Mereka mempunyai sistem pentadbiran yang cekap. Jelas, IS bukan kumpulan pengganas biasa. Ia beroperasi sebagai entiti separa negara atau syarikat perniagaan yang sangat cekap.
S: Adakah mereka sayap kepada Israel kerana IS tidak pernah menyerang kepentingan Israel?
J: Kita perlu jelas, AS dan Israel tidak mencipta IS. Kalau kita kaji sejarah insurgensi, itu bukan metodologi mereka. Bukan kerja mudah membuat seperti itu di dunia realiti. Model penaklukan Afghanistan antara tahun 1979 hingga 1989 contoh terbaik untuk kita fahami pembabitan kuasa luar dalam konflik di Syria. Ketika penaklukan Soviet Union di Afghanistan, mereka ditentang hebat penduduk Afghanistan. Ramai umat Islam seluruh dunia berjuang di Afghanistan termasuk dari Malaysia. AS melihat konflik ini peluang mengalahkan Soviet Union, 'membalas dendam untuk Vietnam' kerana Soviet pernah menaja Vietcong ketika perang di Indochina. Melalui bantuan Arab Saudi, Mesir dan negara Islam lain, AS membiayai perjuangan mujahiddin hingga Soviet diusir keluar dari Afghanistan (Disember 1989). Di Syria pun begitu, mengikut testimoni Setiausaha Pertahanan Amerika, Ash Carter pada Kongres Amerika, AS membiaya dan melatih tentera FSA untuk menjatuhkan Presiden Bashar Assad dan menggantikannya dengan kerajaan lebih demokratik. Namun, FSA tidak dapat menandingi IS. Akibatnya, pelbagai senjata dibekalkan AS jatuh ke tangan IS. Persoalan mengapa IS tidak menyerang Israel, perlu kita ingat IS bukan kumpulan pengganas biasa. Mereka diketuai tentera profesional yang memahami doktrin ketenteraan dengan baik. Hakikatnya, siapa berani menyerang Israel kecuali rakyat Palestin. Negara Arab pun tidak menyerang Israel kerana mereka tahu itu perbuatan membunuh diri. Israel mempunyai senjata nuklear dan ia tidak teragak-agak menggunakannya jika terdesak. IS tidak menyerang Israel kerana faktor keutamaan seperti dijelaskan jurucakap IS, Nidal Nusseiri. Pembebasan Baitulmaqdis tetap menjadi matlamat IS. Namun, keutamaannya ialah mewujudkan pangkalan yang selamat yang akan digunakan sebagai loncatan meluaskan penguasaan hingga ke Syria dan Lubnan. Selepas itu, mereka merancang meluaskan penaklukan hingga ke Tebing Barat dan Gaza, iaitu Israel. Jika terus menyerang Israel, ia menamatkan peluang mewujudkan pangkalan yang kuat di Asia Barat. Bagi IS, musuh dekat yang hidup dalam kalangan mereka lebih bahaya daripada musuh yang jelas seperti Israel.
S: Siapa sebenarnya pemimpin IS. Wujud dakwaan Abu Bakr al-Baghdadi atau 'Caliph' pernah mendapat latihan operasi Mossad?
J: Pemimpin IS ialah Abu Bakar al-Baghdadi, bekas anggota al-Qaeda di Iraq dan membawa haluan sendiri kerana pertembungan ideologi dan strategi. Ini diakui sendiri Ayman al-Zawahiri, Abu 'Asim Muhammad al-Maqdisi dan media IS seperti Dabiq dan Al Hayat Media Centre. Maka, kenyataan tadi tidak disokong bukti konkrit dan tidak munasabah. Ia spekulasi semata-mata. Namun, itu satu teori konspirasi yang sangat menarik dan saya yakin ada yang mempercayainya. Kalau kita setuju dengan kenyataan tadi, apakah kita bersedia untuk mengakui bahawa umat Islam begitu mudah dimanipulasi? Apakah kita bersedia mengakui umat yang begitu mudah ditipu Yahudi berkali-kali kerana pemikiran umat Islam hari ini ialah, apa sahaja yang berlaku adalah angkara Yahudi, Mossad dan musuh Islam. Kita seolah-olah memberi pengiktirafan percuma kepada Mossad. Bekas Pengarah Mossad, Efraim Halevy dan Meir Dagan menyindir sikap umat Islam yang selalu mengaitkan mereka walaupun Israel sebenarnya tiada kaitan langsung. Helevy dalam bukunya Man in the Shadow, menulis Mossad menjadi begitu hebat kerana persepsi ini, walaupun Mossad tidak sehebat itu. Persepsi ini banyak menaikkan imej Mossad. Ini sindiran memalukan. Saya pernah ditanya secara sinis oleh seorang wakil Israel pada satu persidangan di luar negara. Katanya, apakah di negara kamu mempunyai pusat kajian mengenai Israel. Saya jawab, tidak. Katanya lagi, mengapa tidak mengkaji Israel sedangkan mendakwa Israel musuh kamu? Di Israel terdapat puluhan pusat kajian mengenai Islam dan umatnya. Saya fikir sudah sampai masa kita mengkaji bangsa ini. Bukan untuk mempromosikan idea mereka, tapi mengkaji secara akademik dan objektif kekuatan, kelemahan dan cara mereka berfikir. Kajian ini perlu untuk mengelakkan kita membuat andaian salah, tiada bukti konkrit dan logik.
S: Bolehkah dikatakan IS dianggotai pengganas yang menggunakan Islam untuk menghalalkan tindakan?
J: Itu cukup jelas, walaupun mereka mendakwa Ahli Sunah Wal Jamaah dan membawa manhaj generasi salaf. Ideologi dan tindakan mereka bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah yang tidak mengkafirkan ahli syahadah, tidak membunuh orang awam, menyembelih dan membakar tawanan serta tidak memusnahkan rumah ibadat ajaran lain. IS melakukan semua ini atas nama agama. Sebab itu majoriti sarjana Islam menolak IS termasuk Shaykh Shawqi Allam, Dr Yusuf al-Qardhawi, Shaykh Muhammad al-Yaqoubi. Pada September 2014, 120 sarjana Islam membuat kenyataan bersama menolak kekhalifahan IS kerana banyak penyelewengan syarie. Namun, apa yang mengejutkan saya ialah penentangan daripada kelompok itu sendiri iaitu Abu 'Asim Muhammad al-Maqdisi, tokoh salafi-jihadi al-Qaeda yang paling dihormati di Asia Barat. Maqdisi mengatakan IS sesat dan menyeleweng daripada ajaran salafi-jihadi yang dipegang al-Qaeda. Ini memberi petunjuk al-Qaeda pun tidak tahan dengan tahap ideologi melampau IS. Hakikatnya, tidak layak kita panggil IS, lebih baik dipanggil kumpulan pengganas atau daesh sahaja.
S: Merujuk beberapa siri serangan di Paris, Beirut dan Mali, ia serangan terpilih. Apa komen?
J: IS akan menyerang semua negara yang menyerang mereka secara langsung atau menyokong Bashar. Serangan di Paris, Beirut, Mali dan pesawat Russia di Sinai, mengikut laporan majalah IS, Dabiq edisi 12, serangan itu untuk membalas dendam terhadap serangan yang dilakukan negara terbabit.
S: IS lahir selepas tumbangnya pemimpin seperti Saddam Hussein (Iraq) dan Muaamar Gaddadi (Libya) serta kemunculan Bashar al-Assad (Syria) yang menjadi ancaman Israel. Adakah selepas ini akan lahir satu lagi gerakan baharu selepas Al-Qaeda dan IS.
J: Kalau kita teliti sejarah politik antarabangsa, pertembungan antara negara dan ideologi bukan fenomena baharu. Pada abad ke-20 kita menyaksikan perang dingin antara AS dan Soviet Union. Hari ini antara dunia yang bertamadun dengan pengganas. Saya tidak fikir fenomena ini akan berakhir. Persoalannya, apakah persiapan umat Islam untuk menghadapi cabaran masa depan? Apakah kita ingin nasib umat kita ditentukan orang lain?
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100997

0 Komentar untuk " IS proksi Israel hancurkan negara Islam "