Islam agama yang syumul dan lengkap melayani semua keperluan hidup manusia, menggariskan panduan serta peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup mencakupi persoalan ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah. Namun, pada zaman manusia berada di puncak kemodenan ini, isu seperti hak asasi manusia makin rancak diperjuangkan. Perjuangan itu berasaskan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang diperjuangkan dunia Barat.
Deklarasi berkenaan membahagikan hak asasi manusia kepada empat aspek utama iaitu kebebasan kepercayaan, bersuara, kemahuan dan bebas daripada ketakutan. Kebebasan ini juga diterjemahkan dalam bentuk hak asasi meliputi manusia tanpa mengambil kira apa juga latar belakang mereka. Hakikatnya, hak asasi manusia dari perspektif Islam adalah tidak mutlak dan bermatlamat melindungi maruah serta mengangkat kemuliaan martabat manusia.
Konsep 'hak asasi' dan 'kebebasan' dikehendaki oleh Barat seolah-olah meletakkan kedudukan manusia sama seperti haiwan. Lihatlah cara hidup haiwan yang tidak mempunyai akal, tidak mengenal hukum-hakam serta tidak boleh membezakan antara halal dan haram. Ia melakukan apa yang dikehendaki mengikut tabi'i kejadiannya. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili, Islam adalah agama yang mula-mula memperakui dan mendaulatkan hak asasi manusia. Buktinya, di zaman jahiliah wanita dan kanak-kanak perempuan dizalimi serta dibunuh, namun Islam datang membawa perubahan dengan mengangkat kedudukan martabat wanita.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang telah Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70) Islam meletakkan penghormatan yang mulia dan tinggi kepada manusia tanpa mengira warna kulit, jantina, keturunan atau bangsa. Apa yang utama ialah komitmen seseorang memperkuatkan akidah dan takwa kepada keesaan Allah SWT.
Jika apa yang diperjuangkan oleh mana-mana pihak dilihat sebagai usaha menjatuhkan kemuliaan manusia dan menjauhkan diri daripada Allah SWT, maka tidak rasional usaha itu dilihat untuk menegakkan hak asasi manusia. Islam tidak menolak sepenuhnya hak asasi manusia sejagat. Sebaliknya, Islam mempunyai panduan tersendiri dalam menilai isu berkaitan kebebasan manusia. Setiap muslim dibatasi hukum hakam, halal haram dan dipimpin oleh al-Quran serta sunah sebagai sumber rujukan. Setiap individu mempunyai hak untuk hidup, makan, minum, miliki harta, belajar, bersuara, bekerja, warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak melanggar hak individu yang lebih utama.
Barat utama hak individu
Namun, di negara Eropah dan Barat, mereka lebih mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan perkara yang diinginkan selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain. Lantaran, atas 'tiket' hak individu itu, maka muncullah pelbagai kontroversi yang mencabar nilai sosial masyarakat di sana seperti membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian.
Begitu juga hak untuk mempunyai anak dengan pasangan walaupun tidak berkahwin. Renungkan firman Allah SWT yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan." (Surah al-Kahfi, ayat 104)
Atas nama kebebasan bersuara, pejuang hak asasi manusia berani mempertikaikan kredibiliti institusi agama serta undang-undang jenayah syariah. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11 (3) yang boleh diertikan mana-mana kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya, menubuhkan dan menyenggarakan institusi bagi maksud agama atau khairat; memperoleh dan mempunyai harta, memegang dan mentadbir mengikut undang-undang.
Justeru, penubuhan institusi Islam sangat berperanan khusus mengurus dan mentadbirkan urusan berkaitan hal ehwal Islam serta umatnya. Namun ada pandangan mengatakan umat Islam mempunyai hak peribadi dalam urusan kehidupan, termasuklah agama. Sehingga apabila mereka mahu melanggar perintah Allah SWT seperti meminum arak, berjudi dan sebagainya adalah hak mereka apatah lagi jika ia dilakukan di tempat peribadi mereka.
Amat jelas mereka menentang hukum-hakam syariat Islam dan undang-undang jenayah syariah diguna pakai di negara ini. Undang-undang negara termasuk undang-undang jenayah syariah perlu dipertahankan, dipatuhi dan dihormati oleh semua warga negara bertujuan menjaga keamanan serta mempertahankan hak setiap insan. Tidak ada negara di dunia ini yang berdiri teguh tanpa undang-undang, termasuk Barat yang sememangnya lantang menyuarakan deklarasi hak asasi manusia.
Islam jamin hak asasi manusia
Wujudnya undang-undang adalah bertepatan dengan prinsip Islam atau maqasid syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Justeru, undang-undang syariah yang ditetapkan oleh Allah SWT bermatlamat menjamin hak asasi manusia bukan menghilangkan hak mereka.
Setiap manusia tertakluk kepada syariat tidak kira mereka bangsawan, pemimpin atau rakyat biasa, dia tetap berstatus hamba di sisi Allah SWT. Sebagai hamba, manusia wajib akur dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh nabi Allah), dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar." (Surah Ali-Imran, ayat 105)
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104379

0 Komentar untuk " Bebas bersuara bukan tiket pertikai kredibiliti institusi agama "