PENGELUAR produk penjagaan kecantikan, Uniquepatra Body Care melalui jenama Sherynn Secret, menjangkakan peningkatan jualanproduknya pada 2016 berikutan sambutan menggalakkan dalam tempoh tiga bulan terakhir 2015.
Pengasasnya, Sheryna Muhammad Iftenie berkata, jualan produk Sherynn Secret iaitu produk utamanya, sabun mandi Lemongrass bersama Aloevera di China, Brunei, Belgium dan Belanda dijangka menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat tersebut.
Menurutnya, untuk mencapai sasaran tersebut, syarikat merancang untuk menarik lebih ramai menjadi wakil jualan Sherynn Secret yang kini berjumlah 28 di seluruh negara.
“Syarikat juga akan menambah bilangan wakil jualan pada 2016 berikutan sambutan yang memberangsangkan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Syarikat juga akan meluaskan pasaran produk ke Indonesia kerana mempunyai permintaan yang tinggi dan pasaran besar yang perlu diterokai,” katanya pada Sinar Harian, baru-baru ini.
Sheryna berkata, syarikat itu juga akan mengeluarkan tiga produk baharu menjelang akhir 2016 yang masih mengekalkan bahan-bahan herba dengan jumlah pelaburan RM20,000.
Sementara itu, Sheryna berkata, Sherynn Secret yang kini mempunyai 10 produk yakin akan terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan.
“Antara produk Sherynn Secret ialah Lemongrass, berfungsi mencegah gigitan nyamuk dan masalah ekzema. Produk paling laris ialah Collagen Soap bersama Rice Milk. Sherynn Secret juga mengeluarkan Collagen Hand & Body Lotion , mandian Olive dan Rice Milk serta Collagen Day Cream dan Collagen Night Cream,” katanya.
Produk Sherynn Secret menggunakan 70 peratus kolagen dan kesemuanya produknya tidak mempunyai bahan kimia yang mampu mengembalikan keanjalan wajah dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan mencerahkan kulit.
Produk Sherynn Secret mula memasuki pasaran pada 2006.

0 Komentar untuk " Uniquepatra Body Care: Optimis jualan produk meningkat "