Kita sering mendengar ungkapan fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh, tetapi sejauh mana kita faham maknanya atau sekadar hanya ikutan dan penyedap kata-kata sahaja. Sebenarnya ia peringatan daripada Allah SWT yang bermaksud: "Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada fitnah." (Surah al-Baqarah, ayat 217)
Kini fitnah di hujung jari dan dalam konteks isu makanan halal, memang ia tiada penghujungnya kerana ada saja perbualan serta fitnah dalam kalangan masyarakat yang mencari kebenaran. Sedangkan isu itu berlaku lima tahun lalu dan sudah dijelaskan tetapi masih diviralkan melalui pelbagai saluran komunikasi seperti Facebook, sistem pesanan ringkas (SMS), aplikasi Whatsapp dan telegram yang tersebar begitu cepat.
Timbulkan kegelisahan
Menviralkan isu halal menyebabkan kegelisahan terutama masyarakat Islam yang cukup sensitif dalam perkara membabitkan makanan halal dan haram. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sumber babi kerana hendak menyebut perkataan babi pun sesuatu yang sensitif. Ini adalah persepsi masyarakat terhadap isu halal yang diviralkan yang akhirnya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Masalahnya, produk itu memiliki logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bagaimanakah sikap kita terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber daripada orang tidak diketahui kejujurannya. Bagaimana seharusnya sikap seorang Muslim terhadap berita yang belum jelas kesahihannya itu. Contohnya, Nombor E (E Numbers) pada pembungkusan produk yang dikatakan mengandungi sumber haram berdasarkan nombor tertentu. Maka ada yang menghafal nombor itu kerana bimbang termakan makanan haram.
Sebenarnya Nombor E ialah kod nombor untuk bahan tambah dan ia selalunya digunakan pada label makanan di Negara Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Amerika Utara terutama Kanada dan Israel. Skim penomboran itu mengikut Sistem Penomboran Antarabangsa (INS) oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius. Antara E-Number yang digunakan sebagai aditif makanan ialah E100-E199 (warna), E200-E299 (pengawet), E300-E399 (oksidan, fosfat, antioksida, pengawal asid), E400-E499 (pemekat, pelembap, penstabil, emulsifier). E500-E599 (garam, regulator asid, agen penghalang kerak), E600-E699 (penambah perisa), E700-E799 (antibiotik), E900-E999 (pemanis, bahan-bahan lain) dan E1000-E1999 (bahan kimia tambahan).
Mungkin nombor yang sering kita hafal ialah E471 kerana beranggapan sememangnya ia daripada lemak babi. Sebenarnya ia adalah sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida atau bahan kimia yang digunakan bagi memperbaiki mutu makanan. Ia dihasilkan sama ada daripada sumber lemak haiwan (lembu atau babi) dan tumbuhan (minyak kelapa sawit). Ini bermakna bahan itu boleh dianggap halal atau haram bergantung kepada sumber proses ambilan asalnya.
JAKIM buat pemantauan teliti
Jika diambil daripada sumber tumbuhan atau haiwan halal yang disembelih maka ia adalah halal. Dalam hal ini, JAKIM sebagai pakar pensijilan halal dunia akan memastikan sumbernya disahkan halal melalui pemeriksaan dan pemantauan teliti dari segi syarak dan teknologi. Selain itu, ia juga mesti dibuktikan melalui sijil halal daripada badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Bukan nombor itu menjadi ukuran halal haram, tetapi sumbernya yang menentukan status halalnya. Apa juga nombor digunakan, jika terdapat logo halal maka ia telah mematuhi piawaian halal Malaysia.
Terdapat juga bahan tambahan makanan lain yang diragui (mashbuh). Ia boleh jadi halal atau haram bergantung kepada sumber ambilan serta sijil halal seperti bahan pemekat, penstabil, perasa, pewarna, antioksidan, animal shortening, enzim dan gelatin. Perkara ini tidak diketahui oleh kita orang awam disebabkan perkembangan teknologi makanan kini semakin kompleks. Nu'man bin Basyir meriwayatkan, beliau mendengar Rasul SAW bersabda: "Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimana pun antara kedua-duanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika kita tidak pasti status halalnya seharusnya kita rujuk kepada yang pakar atau berilmu dalam bidang ini seperti JAKIM. Firman Allah SWT bermaksud: "Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (Surah an-Nahl, ayat 43)
As-Sheikh Dr Yusof Al Qardhawi dalam bukunya Halal dan Haram Islam menyamakan orang yang mengharamkan yang halal dan sebaliknya seperti mensyirikkan Allah SWT. Dari sudut ekonomi, memviralkan perkara yang tidak sahih beri kesan besar termasuk kehilangan pekerjaan disebabkan syarikat mengalami kerugian.
Walaupun memiliki sijil halal, tetapi dakwaan tidak benar yang disebarkan memberi kesan dalam masyarakat khususnya pengguna Islam. Justeru, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak yang mempunyai bidang kuasa. JAKIM juga perlu menjawab isu yang dibangkitkan yang ada kala sudah dijelaskan sebelum ini, tetapi disebabkan ia diviralkan semula, maka penjelasan diberikan atas desakan ramai. Selain logo halal JAKIM, masyarakat boleh merujuk direktori halal di www.halal.gov.my. Penulis ialah Penolong Pengarah Kanan, Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/100315

0 Komentar untuk " Viral isu halal, haram tanpa kesahihan dianggap fitnah "