PENGELUAR masakan herba puri dan makanan etnik Melayu, Inderapura Makmur Industries (Inderapura) menjangka akan meluaskan produk makanan ke Turki dan Jerman menjelang pertengahan tahun hadapan.
Pengasasnya, Asmah Abdullah berkata, produk Inderapura yang menggunakan jenama Vias kini dieksport ke beberapa negara antaranya Australia, Korea, Jepun, Brunei, Singapura, United Kingdom dan Eropah sejak 2012.
Menurutnya, antara produk yang akan dieksport kedua-dua negara itu sama seperti negara-negara sebelum ini berbentuk puri iaitu serai, cili padi, bawang putih, bawang merah, bunga kantan, halia, kunyit dan lengkuas.
“Produk tersebut mendapat permintaan tinggi di kesemua negara tersebut kerana kebanyakan pembeli adalah pemilik restoran.
“Mereka mahu produk yang tahan lama dengan harga berpatutan. Maklum balas diterima mereka tidak mahu membeli serai, bawang putih, bawang merah dan cili yang tidak diproses dalam kuantiti banyak kerana ia cepat rosak dan tidak tahan lama.
Vias sangat terkenal di luar negara kerana keaslian rasa dan halal menyebabkan kebanyakan bahan tempatan yang digunakan merupakan hasil daripada peladang tempatan.
“Vias mula dipasarkan di pasaran luar negara iaitu Australia. Setelah beberapa tahun di luar negara, saya mula memasarkan dalam pasaran tempatan. Vias boleh didapati di beberapa pasar raya dan kesemua kedai runcit seluruh negara,” katanya.
Tambahnya, Vias juga menerima permintaan yang tinggi bagi pasaran dalam negara kerana kebanyakan pelanggan kami adalah golongan wanita yang berkerjaya yang tidak mempunyai masa untuk memasak.
“Dengan adanya Vias, mereka tidak perlu menyediakan bahan tumis, ramuan masakan dan sebagainya. Harga yang ditawarkan bagi produk Vias bermula RM5 sehingga RM30,” katanya.
Bagi memenuhi kapasiti permintaan produk Vias dalam dan luar negara, Asmah kini dalam perancangan meluaskan perniagaannya dengan membina kilang dan ladang di Maran, Pahang pada pertengahan tahun hadapan.
“Selain untuk mengembangkan perniagaan, dengan pembukaan kilang dan ladang tersebut, ia dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.
Selain produk-produk tersebut, Vias juga mengeluarkan cili besar hijau jeruk, cili padi jeruk, ikan pekasam, halia muda jeruk, belimbing hitam, petai jeruk, tempoyak dan tempoyak cili.
Setiap produk dijual dalam berat berbeza untuk katering iaitu satu kilogram, 900 gram dan 350 gram selain berat sedia ada antara 100 gram dan 250 gram.

0 Komentar untuk " Vias ke Turki dan Jerman "