SYARIKAT pengeluar produk kecantikan milik Bumiputera, Saraglow Skincare Marketing menerusi jenama SaraGlow bakal memasuki pasaran antarabangsa menjelang akhir 2016.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Faiz Shaharuddin berkata, setakat ini, pihaknya ada membuat perbincangan dengan beberapa negara luar seperti Vietnam, Singapura dan Indonesia.
"Bagaimanapun, kami perlu mengukuhkan kedudukan jenama kami di pasaran tempatan terlebih dahulu.
"Kami jangka untuk menghasilkan sekurang-kurangnya empat produk baharu pada masa akan datang sebelum ke pasaran luar negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Setakat ini, SaraGlow hanya mempunyai satu produk iaitu sabun.
Menurutnya, pihaknya akan mengeluarkan dua lagi produk baharu menjelang akhir tahun ini iaitu hydrogel dan serum.
Manakala, dua lagi produk kolagen dan produk kecantikan bagi lelaki dan perempuan pada awal tahun hadapan.
Sejak diperkenalkan di pasaran pada tiga bulan lalu, Ahmad Faiz berkata, SaraGlow boleh didapati di hampir 3,000 kios kecantikan di seluruh negara.
"Kami juga mempunyai enam ejen di setiap satu negeri dan kami menyasarkan untuk menambah lebih banyak stokis dan ejen pada masa akan datang," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Faiz berkata, produk itu masih belum terdapat di Sabah dan Sarawak.
"Kami mempunyai permintaan yang tinggi di sana dan akan memasuki pasaran itu pada masa akan datang," katanya.
Mengulas berhubung jualan SaraGlow, Ahmad Faiz berkata, dalam tiga bulan pertama SaraGlow telah menjual sekitar 15,000 unit sabun sebulan.
Katanya, pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat kepada 25,000 unit sebulan dalam tempoh enam bulan ini.
Ahmad Faiz berkata, pihaknya yakin produk itu mendapat tempat di kalangan pengguna tempatan berikutan penggunaan tujuh bahan penting di dalam produknya iaitu Glutahione, Bearberry Alpha Arbutin A Axtract, Kolagen ikan, Glyserin, enzim pisang, pati lobak dan minyak beras.
SaraGlow dijual dengan harga RM69.90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM74.90 di Sabah dan Sarawak.

0 Komentar untuk " SaraGlow hasrat terokai pasaran antarabangsa "