THE Holstein Milk Company Sdn Bhd akan meningkatkan pengeluaran susu kepada 15,000 liter sehari mulai Jun tahun depan berbanding hanya 9,000 liter pada masa ini.
Pengarah Urusannya, Loi Tuan Ee berkata, jika sasaran itu dapat dicapai, pihaknya bercadang untuk membina sebuah kilang memproses susu di sini, bagi memastikan kesegaran produk susu yang dihasilkan di bawah jenama Farm Fresh.
"Buat masa sekarang, susu yang diperoleh di sini dihantar untuk pemprosesan di kilang di Larkin, Johor dan memerlukan tempoh selama 48 jam selepas susu diperah hingga dihantar ke kedai dan pasar raya.
"Tempoh masa ini boleh dikurangkan kepada 24 jam jika projek kilang memproses susu dapat direalisasikan di Muadzam Shah," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Pengarah Urusan Holstein Azmi Zainal.
ECERDC merupakan pelaksana projek MSCRIC dan melantik Holstein sebagai syarikat induk yang bertanggungjawab untuk membangunkan penternak lembu tenusu dari kalangan penduduk tempatan bagi mengendalikan perniagaan yang mampan dan menguntungkan.
Holstein juga telah dinobat sebagai pemenang Anugerah Ladang Tenusu Cemerlang pada Anugerah Industri Ternakan Malaysia 2015 pada September lalu.
Loi berkata sehingga Ogos lepas, MSCRIC memiliki 1,703 ekor lembu tenusu baka Australian Friesian Sahiwal manakala pengeluaran susu dihasilkan daripada 584 ekor lembu.
Sementara itu, Jebasingam berkata sejak dilantik pada November 2014, Holstein telah mengenal pasti 15 petani daripada golongan Felda, penduduk kampung tradisional dan orang Asli untuk dilatih sebagai petani dan usahawan di bawah program peladang satelit.
"Holstein akan membimbing mereka dalam mewujudkan ladang lembu tenusu yang mengikut piawaian antarabangsa dan akan membeli semula kesemua susu daripada mereka mengikut perjanjian beli balik, berdasarkan harga yang menguntungkan petani," katanya.
Jebasingam berkata program petani satelit itu dijangka bermula pada tahun depan yang akan menjadi pemangkin kepada penubuhan hab lembu tenusu dan menerajui pembangunan industri itu secara sistematik serta mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan di sini. - Bernama

0 Komentar untuk " Tingkat keluaran susu 15,000 liter sehari "