AIR menjadi keperluan asas untuk manusia menjalani rutin harian seperti minum, mandi, basuh pakaian mahupun menyiram tanaman.
Walaupun lebih 70 peratus permukaan di bumi terdiri daripada air, namun agak sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih terutamanya pada waktu kecemasan seperti terputus bekalan air atau banjir.
Melihat perkara itu, jurutera kimia, Nor Hasrin Kassim tampil membangunkan inovasi penapis air mudah alih, dua tahun lalu.
“Saya mempunyai pengalaman dalam industri air selama 26 tahun dan terlibat dengan banyak projek berkaitan air di negeri-negeri dalam Malaysia dan luar negara.
“Setiap tempat atau kawasan yang saya pergi, ada masalah air yang perlu ditangani segera. Dalam bidang ini, saya diajar untuk berdikari dan menggunakan apa saja sumber yang ada dalam kawasan itu menyelesaikan masalah air di lokasi tersebut,” katanya.
Disebabkan kerjayanya yang kerap berhadapan dengan orang ramai, Nor Hasrin sedia maklum masalah bekalan air bersih sering membelenggu orang ramai ketika waktu kecemasan.
"Kita nampak orang susah apabila tiada air bersih akibat loji bermasalah atau banjir. Ia membuatkan saya untuk mencipta penapis air ini," katanya.
Mudah dibawa
Dengan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaran seperti penapis air membran, Nor Hasrin membuat olahan semula bagi membentuk penapisan air mudah alih sendiri.
"Tetapi, ultraviolet yang ada pada penapis air mudah alih ini, saya buat sendiri," katanya.
Menariknya, penapis air mudah alih ciptaan Nor Hasrin itu boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan sesuai digunakan pada bila-bila masa tidak kiralah untuk perkhemahan atau rekreasi termasuk ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.
Ia mampu merawat air sungai, laut, embun, sisa buangan kilang toksik dan banjir menjadi air bersih.
Penapis air itu mampu membekalkan sehingga 90 liter air bersih dalam tempoh masa sejam sahaja.
"Ia dijanakuasakan oleh sistem bekalan solar. Jika waktu malam, tidak perlu risau kerana penapis air ini turut dibekalkan dengan alternatif bateri yang boleh bertahan selama tiga jam, iaitu boleh menghasilkan 270 liter air bersih.
"Jika kehabisan bateri, boleh gunakan pam secara manual untuk menyedut air masuk dan menjalani proses penyahkuman sebelum menjadi air bersih. Air yang diproses itu bersifat nyah bau, warna dan rasa. Katakan jika penapis air ini digunakan di sungai, air yang diproses itu kelak akan jadi air bersih," katanya.
Air boleh terus diminum
Pengguna tidak perlu risau dengan tahap kebersihan air yang telah diproses kerana ia adalah selamat selepas ujian klinikal dilaksanakan.
"Orang ramai boleh terus minum air bersih yang diproses tanpa perlu menjerangnya atau mendidihkannya terlebih dahulu.
"Saya telah membawa penapis air ini ke merata-rata tempat selain Malaysia untuk mengujinya, tetapi Alhamdulillah setakat ini, saya tidak jumpa lagi kelemahannya," katanya.
Bakal hasil penapis air versi kedua
Pada awal tahun ini, Nor Hasrin menyertai Cabaran Inovasi Inklusif anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Putrajaya dan berjaya ke peringkat akhir cabaran itu.
Walaupun tidak berjaya merangkul juara, namun produk Nur Hasrin terpilih untuk dikomersialkan bagi memberi manfaat kepada masyarakat.
"Untuk tujuan ini, YIM bekerjasama bersama saya. YIM bertanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai penapis air mudah alih saya supaya ia boleh dipasarkan.
"Saya berharap penapis air ini boleh dimanfaatkan dan dimiliki oleh semua masyarakat termasuk pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), mahupun dalam bidang pertanian," katanya.
Sementara itu, Pengurus Akaun, Program Berimpak Tinggi 6, YIM, Mohd Azmeer Rosli berkata, YIM kini di peringkat akhir membuat prototaip penapis air mudah alih versi kedua yang bakal dilancarkan Mosti pada 19 November ini.
"Penapis air mudah alih sedia ada ini kami tambah baik supaya ia lebih fleksibel dan cantik," katanya.

0 Komentar untuk " Penapis air mudah alih "