RAMAI ibu bapa dan kawan-kawan kita di kampung cenderung menyebut kata-kata cantuman bahasa Melayu-Inggeris seperti ‘bedak powder’, ‘pintu gate’ dan ‘cuba try’.
Ia pelik, tetapi disebabkan alah bisa, tegal biasa, kita terima sahaja.
Dalam ucapan, ada pemimpin, orang politik dan mereka dalam dunia korporat sering menyebut ‘maju ke depan’, dan jangan ‘undur ke belakang’.
Ramai dalam kalangan kita sendiri pun selalu ‘naik ke atas’ atau ‘turun ke bawah’.
Tidak kurang juga kita dengar rakan sekerja kita menyebut ‘pening kepala’, saudara kita ‘senak perut’ dan anak-anak ‘lapar perut’.
Malah, pembaca budiman akan dapati sebutan seperti itu digunakan, bukan sahaja dalam percakapan, tetapi juga dalam banyak kenyataan, buku teks, novel, media cetak dan elektronik.
Dalam Kamus Dewan perkataan seperti ‘pening kepala’ juga disebut, cuma saya tidak pasti apakah ia dimasukkan sebagai penjelasan.
Saya cenderung kepada mempercayai bahawa ramai dalam kalangan kita tidak sedar kita menggunakan perkataan atau membina ayat yang kalau kita fikir dua kali, kita akan ketawa atau tersenyum kepada diri sendiri.
Saya selalu terfikir, mengapa perlu kita tambah ‘kepala’ kepada perkataan ‘pening’ umpamanya. Tidakkah menyebut ‘pening’ sudah memadai kerana tidak ada siapa pun pernah ‘pening perut’ atau ‘pening lutut’. Jalan keluar dalam perkara begini adalah mudah. Guna sahaja perkataan ‘sakit’. Ia tidak akan silap.
Mari kita ke satu peringkat lagi.
Dua perkataan sama erti yang terlalu kerap digunakan dalam satu ayat adalah ‘hanya’ dan ‘sahaja’.
Kita selalu terbaca: “Buku ini hanya RM10 sahaja”.
‘Hanya’ dan ‘sahaja’ sama erti. Jadi ayat itu sepatutnya: “Buku ini hanya RM10” atau “Buku ini RM10 sahaja”.
Gandingan ketiga kepada ‘hanya’ dan ‘sahaja’ adalah ‘cuma’. Oleh kerana itu, tiga perkataan ini tidak patut bertemu dalam satu ayat.
Kamus Dewan Dalam Ejaan Baru menjelaskan: “Hanya bermakna tidak lebih dari, cuma/sahaja.
Bezanya adalah ‘hanya’, seperti ‘cuma’, diguna di depan kata nama, sementara ‘sahaja’ di belakang.
Apabila ‘sahaja’ digunakan di awal ayat, maknanya berubah. ‘Sahaja aku datang’ maknanya seseorang itu datang tanpa tujuan.
Apabila disebut ‘sahaja aku puasa...’ tentulah ia tidak bermakna puasa olok-olok atau tanpa tujuan.
Perkataan ‘hanya’ dan ‘sahaja’ berkongsi maksud dalam banyak bentuk ayat. Contoh: “Kita bantu hanya kalau diperlu”. Ayat itu boleh dibuat dengan menggunakan ‘sahaja’. Contoh: “Kita bantu kalau diperlukan sahaja”.
Ada dua lagi perkataan yang selalu digunakan dalam satu ayat, sedangkan hanya satu perkataan yang patut digunakan.
Dua perkataan itu adalah ‘walaupun’ dan ‘tetapi’.
Perkataan ‘walaupun’ dan ‘tetapi’ tidak seperti ‘hanya’ dan ‘sahaja’ (seperti disebut di atas), yang berkongsi makna, namun tidak boleh digunakan juga dalam satu ayat.
Umpamanya: ‘Walaupun Ali miskin, tetapi dia selalu memberi sedekah’. Ini silap.
Ia sepatutnya ‘Walaupun Ali miskin, dia selalu memberi sedekah’, atau ‘Ali miskin, tetapi dia selalu memberi sedekah’. Pilihlah, mahu guna ‘walaupun’ atau ‘tetapi’. Jangan guna kedua-dua sekali.
Kita dapat lihat bagaimana dua perkataan, iaitu ‘walaupun’ dan ‘tetapi’ bertembung dalam satu ayat, sedangkan pertembungan itu perlu dielakkan.
Ayat yang baik adalah ayat yang anda tidak boleh buang satu pun daripada perkataan di dalamnya dan jika anda buang, makna atau pembinaan ayat itu akan cacat.
Yang terbaik adalah kita buat ayat mudah yang bukan sahaja kita boleh faham, tetapi lebih penting, pembaca faham maksudnya.
Akhir kalam, saya selalu ingatkan diri saya supaya lupakan apa yang jelas silap, walaupun pernah didakwa betul.
Bertahun-tahun kita menyalahkan ‘pagar’ kerana kononnya pagar yang ‘makan padi’. Rupa-rupanya selama ini ‘pegar’ (sejenis burung) yang tidak boleh diharap.
Kita tidak pernah tanya apabila buku teks kita atau guru memberitahu orang yang ‘melepaskan batuk di tangga’ itu tidak ikhlas atau buat kerja sambil lewa, hinggalah kita mendapat tahu apa yang dilepaskan di tangga sebenarnya adalah ‘batok’ (pencedok air yang dibuat daripada tempurung, yang diletakkan di tepi tangga untuk basuh kaki).
Kamus Dewan menjelaskan, ‘melepaskan batuk di tangga’ bermaksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
Mungkin kamus terkini sudah memperjelaskannya. Wallahualam!

0 Komentar untuk " Tidak payah kita ‘pening kepala’ "