KETIKA di zaman persekolahan, di antara kasut sekolah yang menjadi pilihan ialah kasut jenama Fung Keong dan juga Bata. Kasut Fung Keong digemari kerana terdapat corak bulat di bahagian buku lali. Ia menjadi pilihan budak-budak lelaki yang suka bermain takraw. Kononnya corak bulat itu membantu mereka untuk menimbang bola takraw dengan baik.
Kasut jenama Bata pula menjadi pilihan kerana kekuatan promosinya. Tagline iklannya di radio, ‘mula-mula ke Bata, kemudian ke sekolah’ menjadi ajukan saya dan kawan-kawan. Di antara sebab kasut itu menjadi pilihan juga ialah kerana keunikan harganya. Bata tidak meletak harga genap seperti RM7.00 ataupun RM7.50. Sebaliknya kesemua harga-harganya berakhir dengan 90 sen ~ RM7.90, RM8.90, RM9.90 dan seterusnya.
Di zaman itu, saya, kawan-kawan malah ibubapa kami tidak mengerti strategi harga Bata. Meskipun harga kasutnya RM7.90 misalnya, ia hanya 10 sen lebih murah daripada RM8.00. Oleh kerana adanya angka tujuh di hadapan, ia kelihatan murah sedangkan ia berharga hampir RM8.00. Walau apa pun, harga yang berakhir dengan 90 sen itu menjadi ikutan banyak produk-produk lain. Malah, banyak juga yang menggunakan angka 99 seperti RM9.99. Nampak seperti RM9, padahal harganya hanya satu sen mencukupi RM10.00!
Bercakap mengenai harga, sewaktu kecil, saya suka mengikut emak membeli-belah. Bila menemani dia, saya akan dapat upah mainan. Tidak kiralah samada ia mainan berupa kereta yang bergerak bila dikunci atau katak yang melompat bila pam kecil yang mengeluarkan angin dihembus ke bawah badan katak itu.
Suatu taktik unik yang emak saya gunakan dengan berkesan ialah menawar harga. Katalah sehelai pakaian berharga RM20, emak akan menawar harga hingga RM5! Itu sudah potong diskaun 75%! Walaupun ia permintaan gila, tetapi emak biasanya akan berjaya mendapat harga yang amat berpatutan.
Apabila RM5 tidak dipersetujui pekedai, emak akan naikkan harga hingga RM3 secara berdikit-dikit. Maknanya, emak akan tawar harga RM6, RM7 dan akhirnya RM8. Jika pekedai tak setuju juga, emak akan berpaling dan angkat kaki. Taktik menonong melangkah kononnya tak jadi membeli ini biasanya menjadi. Pekedai akan tergopoh-gapah memanggil emak dan terus menawarkan harga yang emak ingini! Dan emak akan senyum dalam kemenangan!
Orang dahulu mempunyai pandangan yang amat asas mengenai harga. Mereka mahukan harga yang termurah. Kerana itu, pekedai berlumba-lumba menawarkan harga yang murah-murah. Akhirnya, pasaran dipenuhi dengan barangan berharga rendah. Kualiti bukan faktor yang menjadi keutamaan. Soal keselesaan, menjaga imej serta gaya juga tidak pernah menjadi salah satu sebab mengapa mereka memilih sesuatu barangan. Kerana itu, kedai-kedai yang menjual dengan harga yang mahal tidak akan dikunjungi pelanggan dan akhirnya gulung tikar.
Semua itu mula berubah apabila iklan melalui media massa muncul untuk mencorak segalanya. Barangan dipamer dan dipromosi melalui pendekatan lain. Misalnya, baju diperaga sebagai busana penuh gaya. Penyuling air adalah untuk menjaga kesihatan. Periuk nasi elektrik dijaja sebagai cara memasak yang menjimatkan masa. Kereta pula adalah untuk beriang ria bersama keluarga. Tidak banyak lagi barangan dipromosikan sebagai barangan yang patut dibeli kerana harganya murah. Murah kini bererti tidak standard.
Kerana itulah, kita pada hari ini terpengaruh dengan harga yang mahal. Lagi mahal, lagi bagus. Murah pula tanda kurang prestij. Sebab itulah, kita memilih ikan kembung yang dipamer cantik seolah-olah sedang berenang di bahagian barang basah di pasaraya. Kita beli walaupun harganya lebih mahal daripada yang terjual di pasar basah, pasar malam atau pasar tani. Walhal, ikan yang dibeli di pasaraya itu sudah bermata merah!
Kita beli biskut yang terpamer cantik di dalam tin beranika warna. Ia citarasa terkini. Walhal bila dibuka, biskut itu rupa-rupanya dibungkus di dalam paket plastik murah. Jumlahnya tidak sampai 20 keping! Walhal, kita boleh beli biskut yang sama, oleh pembuat yang sama secara kilo. Harganya pula tidak sampai RM5, berbanding yang di dalam tin yang berharga RM12.90!
Kita beli tudung kelihatan cantik bila ia disinari lampu di rak pameran. Harganya kadangkala harganya hingga beratus ringgit. Tidak mengapalah kerana ia adalah trend terkini. Padahal jika kita ke gedung-gedung besar yang menjual dengan harga borong, kita boleh dapat tiga helai tudung dengan harga yang sama. Jika ingin menghadiahkan kepada saudara mara atau membuat bisnes secara kecil-kecilan dengan belian pukal, kita boleh dapat harga yang jauh lebih murah. Kualitinya pun setanding.
Oleh kerana harga bukan menjadi faktor utama dalam memilih, kita terlupa, ada barangan berkualiti yang berharga murah. Dan, banyak juga produk dari jenama yang sama dijual di pasaraya kecil dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaraya-pasaraya besar. Tetapi kita tidak ke pasaraya itu kerana kurang umph dan glamornya. Justeru itu, bila kita membeli kerana sebab-sebab gaya, prestij atau keseronokan selain kerana harganya, mengapa bising bila harga barangan semakin naik? Ia bukan faktor yang menjadi pertimbangan kita, pun!

0 Komentar untuk " Bila membeli bukan kerana harga "