*SESETENGAH orang sudah tidak tahan dan marah sangat atas kelancangan mulut Tun Dr Mahathir Mohamad. Seperti yang diketahui umum bekas Perdana Menteri itu paling banyak mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sama ada melalui blog atau ketika bercakap kepada umum, macam-macam yang beliau katakan terhadap Perdana Menteri – tidak cekap, berbohong kepada rakyat, pembazir yang teruk.
Paling lantang kritikan keras Tun M terhadap Najib ialah mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi PM. Sudah banyak kali beliau meminta Najib meletak jawatan.
Berani, lantang, celupar...tetapi sampai kini tiada tindakan tegas untuk menutup mulut Tun M.
*ANTARA yang berani menjawab kelancangan Tun M ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Mengenai desakan Tun M supaya Najib meletak jawatan, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata: “Cara nak jatuhkan Najib, lawanlah beliau di Pekan... Jangan cakap banyak... Anda tahu bagaimana mahu jatuhkan (Najib).”
Nazri juga mencabar bekas PM, dengan berkata: “Kalau tidak mahu lawan Najib, lawan saya di Padang Rengas.” Cabaran telah dibuat, apakah Tun M mahu melayan Nazri dan menyahut cabaran tersebut. Tungguuu...
*TURUT memberi reaksi kepada desakan Tun M supaya Najib berhenti ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyarankan Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dengan bermaruah.
Kata Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud itu, seperti yang dilaporkan Bernama: “Saya harap (ini berlaku) tetapi sudah tentu ia cuma impian.”
Tun M suruh Najib berundur daripada jawatan PM, Rahman pula suruh Tun M berundur dari politik. Setakat ini dua-dua tidak mahu berundur. Maka Rahman dan Tun M dalam situasi sama: “Cuma impian.”
*ADA pun yang paling marah terhadap pemimpin yang suka menghentam Umno ialah setiausaha agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Kita sudah letih dan penat dengan orang-orang ini,” katanya.
Beliau menyebut ada tujuh ahli parti sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan menghentam Umno. Tindakan akan dikenakan ke atas tujuh orang ini. Bagaimana pun tidak pula diberitahu nama tujuh orang itu.
Kata Ku Nan, seperti yang dilaporkan media: “Mereka tahu siapa mereka. Parti kita ini (Umno) ada perlembagaan parti tersendiri. Kita ada jawatankuasa disiplin. Kita ada kod etika.”
Pertanyaan umum sekarang ialah, adakah Tun M termasuk dalam tujuh orang itu? Tungguuu...
*SAMA macam Umno, dalam Pas pun ada yang tidak beres, gara-gara kemunculan parti serpihan, Amanah. Konon ramai lagi yang ingin keluar Pas masuk Amanah, tetapi masih menunggu masa paling sesuai.
Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh menyifatkan ramai ahli Pas seperti mangga ‘harum manis’ yang menunggu masa untuk gugur. Walaupun bergelar ahli Pas, senyap-senyap mereka menyokong Amanah.
Perihal harum manis yang disamakan dengan ahli Pas, Dr Ismail berkata mangga itu kulitnya hijau (warna Pas), tetapi isi dalamnya oren (warna Amanah). Perlu diingat harum manis ialah mangga paling mahal di tempat kita.
Kita tengoklah sehari dua ini banyak mana mangga harum manis akan gugur. Atau apakah mereka tidak gugur dan terus melekat di dahan.
*PERIHAL mangga harum manis yang sinonim dengan negeri Perlis itu, setakat ini memang diketahui umum kulitnya hijau tetapi isi dalamnya oren. Mungkin pihak Mardi boleh membuat kajian dan penyelidikan supaya mangga itu isinya pelbagai warna.
Mana tahu satu hari nanti kulit mangga tersebut tetap hijau, tetapi isi di dalamnya ada warna merah, biru tua, dan biru muda. Apa pun warna dalamnya, mangga harum manis tetap menjadi pilihan – dan rebutan – ramai.
*AKHIR kalam, kata Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob Pas hanya bersedia menjalin kerjasama dengan Umno dan BN dalam perkara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat.
“Tetapi dalam hal politik kita ada dasar masing-masing, atas dasar itu kerjasama politik (antara Pas dan Umno) tidak akan terjadi,” tegas beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.
Sejak dulu sudah berkali-kali-kali kita mendengar soseh-soseh mengenai ura-ura kerjasama antara Pas dan Umno. Tetapi sampai sekarang dua parti itu terus bertelagah. Masing-masing ada syak wasangka. Sama-sama ego.
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Siapa duri dalam daging Umno? "