Sentuh jantung hati rakyat dengan kemulian - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sentuh jantung hati rakyat dengan kemulian

TUN Dr Mahathir Mohammad adalah Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan beliau adalah Perdana Menteri yang paling berjaya dalam sejarah negara ini.

Sebagai manusia biasa kita tidak akan mampu menjadi manusia yang berjaya tanpa melakukan kesilapan. Ini kerana kesilapanlah yang menjadikan kita manusia yang lebih baik dan berjaya.

Manusia yang melakukan kesilapan adalah manusia yang berusaha melakukan sesuatu. Jika dia tidak berusaha melakukan sesuatu maka sudah tentu dia tidak akan melakukan apa-apa kesilapan.

Kesilapan-kesilapan yang diperbaiki adalah satu tanda bahawa kita manusia bijak dan tidak pernah berputus asa. Dengan hakikat inilah pemimpin ulung bernama Mahathir membangunkan Malaysia.

Akhirnya Malaysia menjadi negara yang bukan hanya bernama, tetapi ternama.

Mungkin ramai yang terluka dan kecewa dalam kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh seorang manusia biasa. Namun tidakkah kita sedar bahawa tidak mungkin seorang manusia dapat memuaskan hati berpuluh juta manusia.

Mungkin hanya Siti Nurhaliza yang paling berjaya memuaskan hati semua orang yang mendengar nyanyiannya.

Sungguhpun begitu, apa yang paling penting adalah neraca yang menimbang nikmat bagi kehidupan 30 juta rakyat Malaysia. Hasil usaha Tun Mahathir bukan sahaja mengubah lanskap infrastruktur, tetapi juga ekonomi dan kualiti hidup rakyat.

Tun Mahathir memberi nafas baru kepada rakyat maka kerana itulah Tun Mahathir menjadi jantung negara ini. Setiap rakyat berbilang kaum merasa kasih kepada Tun Mahathir.

Hari ini walaupun tanpa kuasa dan wang untuk diberikan, rakyat masih kasih dan setia kepada Tun Mahathir. Itu tanda keberkatan Ilahi ke atas budi dan jasa beliau.

Maka dengan itu, nasihat saya kepada pemimpin-pemimpin negara mahupun para aktivis politik, pengamal media sosial dan sesiapa saja di luar sana, jika anda tidak mampu mengubah kehidupan insan lain, sekurang-kurangnya janganlah anda mengeji insan yang telah mengubah negara ini dari hina kepada mulia.

Tun Mahathir adalah jantung hati rakyat. Sentuhlah jantung hati rakyat dengan kemulian. Jika anda menghirisnya, lukanya mungkin berdarah dan parutnya akan berbekas dihati rakyat.

Tiada parut yang tiada bertanda. Jangan jadikan PRU14 sebagai batu tanda untuk nafas terakhir Barisan Nasional.

Hormati jantung negara. Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad.


ANINA SAADUDIN

0 Komentar untuk " Sentuh jantung hati rakyat dengan kemulian "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ