‘TWO wrongs cannot make one right’ menurut ungkapan Inggeris, yang bererti jika kita membuat kesilapan pertama, kita tidak boleh menghapuskan kesilapan itu dengan melakukan satu kesilapan lagi. Inilah yang sedang diuar-uarkan sekarang.
Apa yang dikatakan kesilapan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri disandingkan dengan kesilapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Salah seorang yang menggunakan sudut ini ialah Taufik Ismail, bekas ahli parlimen dari Johor. Taufik ialah anak Allahyarham Tun Dr Ismail, mantan timbalan perdana menteri yang meninggal dalam tahun 1973. Beliau dan saya memasuki Parlimen pada satu masa, tahun 1986. Beliau ialah seorang yang baik humornya, jadi kami sentiasa bergurau.
Antara humor saya dengannya ialah: akan berlaku semula lingkaran Tun Razak dan Tun Dr Ismail apabila anak-anak mereka, maksudnya Najib dan Taufik, akan masing-masing menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
Namun apa yang kemudiannya berlaku ialah hanya 50 peratus daripada telahan itu betul. Najib menjadi TPM dan kemudiannya PM tetapi Taufik ditakdirkan tidak lagi menjadi ahli parlimen selepas pilihan raya 1990.
Proses politik adalah penuh dengan tidak-ketentuan. Hari ini tegak di atas jawatan, esoknya jawatan itu tiba-tiba hilang. Malam ini nama disenaraikan sebagai calon PRU, esoknya orang lain jadi pengganti. Ini belum dikira pelbagai kemungkinan dalam arah tuju parti.
Parti Umno yang dianggotai Taufik tiba-tiba menghadapi krisis apabila PM Dr Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh, sedangkan Musa Hitam menentang Ghafar Baba, masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden Umno.
Wujudlah Tim A dan Tim B. Taufik berpihak kepada Tim B. Tidak hairanlah jika beliau bersikap kontra terhadap Dr Mahathir. Kekalahan Tengku Razaleigh dan Musa bererti kehadiran mereka dalam Tim B menjadi amat terbatas. Bukan saja Taufik tidak mendapat tempat dalam kerajaan, malah bakal PM Pak Lah tidak tahu di mana rimbanya.
Agak sukar untuk membandingkan Taufik dengan Allahyarham bapanya. Ada pihak mengatakan Taufik ingin menjadi Tun Dr Ismail tetapi pihak lain pula mengatakan Taufik tidak melakukan sesuatu yang membuatkannya berhak untuk ke situ. "He didn’t earn it," kata pihak itu.
Melalui kumpulan G25, iaitu badan yang beragendakan gerakan sederhana, Taufik menegaskan melalui media perdana, apa yang berlaku sekarang menunjukkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah berada dalam rumah kaca sekali gus melontar batu. Apabila lontaran itu berjawab, mudahlah rumah itu retak atau pecah.
Taufik menyalahkan Dr Mahathir kerana lumpuhnya Umno selepas perlawanan A dan B dan digantikan dengan Umno baharu yang dibentuk menurut imej Dr Mahathir, tegasnya sesiapa yang tidak sebulu, terhindar.
Ungkitan terhadap Muhyiddin ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor lama dulu begitu lantang. Muhyiddin, kata Taufik, meminggirkan pemimpin-pemimpin Umno Johor dari diberikan tempat baik di Pusat sedangkan segala yang baik untuk Muhyiddin diterokanya secara aktif dan agresif.
Dalam sempadan Johor, menurut Taufik, Muhyiddin mengambil kesempatan daripada akta perolehan tanah oleh kerajaan untuk membuat projek-projek awam dengan mengambil tanah-tanah persendirian dan diserahkan kepada pemaju-pemaju tertentu untuk dimajukan demi keuntungan besar.
Perkara ini menjadi satu isu dan skandal besar di Johor yang kesannya masih terasa hingga sekarang, kata Taufik. Segala yang perkatakan di sini adalah perkembangan daripada perbezaan sikap antara Najib, sebagai PM sekarang, dan Mahathir, mantan PM.
Seperti mana Datuk Salleh Keruak yang cuba menguiskan hujah-hujah Mahathir terhadap Najib dengan cara mengungkit kesilapan lama, begitu juga kecenderungan Taufik.
Hinggakan aktiviti perniagaan TNB diungkit begitu rupa, menyalahkan Mahathir tentang pembelian pembekalan tenaga elektrik sehingga mengakibatkan Tan Sri Ani Arope berhenti daripada menjadi Pengerusi TNB.
Terdapat juga kata-kata bestari, jika kita tidak membuat sesuatu, maka kita tidak mungkin membuat silap. Jika kita sanggup membuat sesuatu, maka kita mungkin membuat silap. Soalnya, mana satu yang lebih baik? Buat sesuatu atau tidak buat langsung?
Saya pernah bertugas sebagai seorang eksekutif dalam sebuah badan berkanun. Seorang pegawai tinggi dihantar mengetuai satu rombongan ke luar negara untuk membuat pelaburan.
Rata-rata beliau diragukan kerana besar kemungkinan beliau tidak akan membuat komitmen, takut akan membuat silap. Maka itulah yang berlaku. Beliau menjadi lawak-lawakan. Moralnya: biar bertindak dan menampung risiko. Lebih besar risiko, lebih besar prospek keuntungan. Inilah prinsip berniaga seantero dunia.
Saya percaya Taufik bertujuan baik. Hanya pendekatannya mungkin tersendiri.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Sengketa yang tiada hujung "