*ARAKIAN, kata yang empunya cerita, ‘Hikayat 1MDB’ yang penuh suspens lagi berjuta-juta misteri itu nampak macam sudah menuju babak penamat.
Alkisah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikhabarkan telah menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd, dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pihaknya telah menghubungi pejabat perdana menteri, dan PM bersetuju untuk diambil keterangan.
Berkatalah Abu, seperti yang dilaporkan media: “Kami sekarang sedang menunggu tarikh yang sesuai untuk diadakan interview (dengan PM).”
Maka, pertanyaan umum sekarang ialah: bilakah ‘tarikh yang sesuai’ itu? Apakah minggu depan? Tahun depan? Atau, bila-bila?
*BARANG diingat, baik SPRM mahupun PM tentulah sedia maklum bahawa siasatan peringkat tertinggi mengenai SRC dan derma RM2.6 bilion itu hendaklah dibereskan sebelum akhir Disember ini.
Adapun Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan SPRM diberikan sehingga akhir tahun ini untuk mengambil kenyataan Najib berkaitan isu yang menjadi tumpuan seluruh alam itu.
Perihal SRC, bekas syarikat milik 1MDB itu, dua orang pengarahnya yang kini dikatakan berada di luar negara, perlu juga disiasat oleh SPRM.
Tarikh mengambil keterangan Najib belum ditetapkan. Dua pengarah yang sedang di luar negara itu pun belum ditemui. Dan anak buah Abu hanya ada kira-kira sebulan setengah sebelum akhir tahun.
Harap-harap tarikh akhir yang diberikan oleh Peguam Negara akan dipatuhi dan ditepati. Atau, apakah orang ramai akan terus menunggu dalam seribu satu tanda tanya dan persepsi?
Atau, apakah ‘Hikayat 1MDB’ akan menjadi lebih panjang, dan berbelit-belit seperti ‘Hikayat Seribu Satu Malam’?
*WALAUPUN setakat ini tidak ada kemalangan jiwa, kejadian banjir lumpur di KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Rabu lalu, tetap sesuatu yang mencemaskan.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, tempoh dua minggu diperlukan untuk menyiasat dan mengetahui punca sebenar kejadian yang menyebabkan laluan ke pantai timur itu terputus.
Laporan awal daripada pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, Anih Berhad, mendapati ada ‘aktiviti’ di tengah hutan yang mungkin menyumbang kepada bencana tersebut.
Apa yang turun dari bukit dan melimpah di lebuh raya bukan sahaja lumpur, tetapi ada segala bahan seperti serpihan kayu, batu dan balak. Kalau tiada ‘kegiatan’ di atas mana boleh datang benda-benda itu?
Bukti sudah jelas dan nyata, sepatutnya tidak perlu menunggu hingga dua minggu untuk siasat. Hantar sahaja orang naik bukit dan masuk hutan, pasti bertemu dengan punca masalah. Yang ini tidak perlu bomoh untuk menangkap hantu!
*ADA dakwaan, tetapi Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Faiz Kamaruzaman menafikan banjir lumpur itu berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang. “Tiada kegiatan sedemikian di kawasan pinggir hutan tersebut,” katanya.
Seperti beberapa kes sebelum ini – termasuk kes penebangan hutan di Cameron Highlands – jabatan berkenaan mulanya tidak tahu apa-apa. Apabila sudah terbongkar, barulah semua saling menuding jari.
Almaklumlah, banyak aktiviti gelap yang tidak diketahui oleh pihak berkuasa! Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri akan mengadakan siasatan mengenai perkara ini.
Siasatlah segera dan dapatkan punca. Siasatan ini tentu mudah, tidak perlu guna ilmu hitam, tidak perlu juga khidmat ejen perisikan 007 James Bond.
*AKHIR kalam, ada dakwaan konon wujud penyelewengan sebuah yayasan Islam di bawah naungan Putrajaya. Kata yang membuat tuduhan, empat individu dalam yayasan berkenaan memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun.
Tuduhan lagi, konon ada individu yang melantik isteri dan anak-pinak menduduki lebih dari satu jawatan di yayasan tersebut, menyebabkan imbuhan yang dibayarkan kepada mereka sekeluarga amat lumayan.
Dalam pada itu SPRM dikatakan sedang menyiasat satu penyelewengan kewangan di yayasan berkenaan. Mudah-mudahan siasatan akan mendapati segala tuduhan tersebut adalah palsu.
Sebaliknya jika tuduhan itu terbukti bukan palsu, ini satu lagi tamparan terhadap Islam. Bagaimana kita hendak menunjukkan contoh Islam yang baik, sekiranya yayasan Islam pun menyeleweng?

0 Komentar untuk " Alkisah PM bersedia disiasat SPRM "