Sasar jana pendapatan eksport RM5j - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sasar jana pendapatan eksport RM5j

SYARIKAT produk minuman harian, Fraser & Neave Holdings Bhd’s (F&N) mensasarkan penjanaan pendapatan eksport syarikat itu sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe berkata, sasaran tersebut berdasarkan perancangan syarikat itu mengembangkan perniagaan di beberapa buah negara.

“F&N sedang mengintai pelaburan di beberapa buah negara seperti di Hong Kong, China dan beberapa buah negara Asean.

“Kita melihat potensi besar untuk menjual produk kami di kesemua negara ini dan kita sedang melakukan perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan untuk merealisasikan impian kami,” katanya pada sidang media selepas membentangkan laporan tahun kewangan syarikat yang 30 September 2015 di Kuala Lumpur, semalam.

F&N kini sedang mempergiatkan usaha mereka dengan menjual sebanyak mungkin produk mereka di pasaran Thailand.

Di antara produk yang kini berada di pasaran negara tersebut adalah produk seperti susu UHT, susu cair, susu sejat.

“Pada ketika ini, kita tidak mahu berfikir untuk melakukan cabang perniagaan lain di Thailand.

“Sebaliknya, kita mahu fokus dengan pemasaran produk F&N yang sedia ada di negara itu,” katanya.

Dalam pada itu, F&N berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM333.8 juta pada tahun kewangan berakhir 30 September 2015.

Menurut Yew Hoe, jumlah keuntungan tersebut adalah lebih tinggi tahun lepas, dalam tempoh yang sama iaitu sebanyak RM315.4 juta.

“Pendapatan kumpulan ini meningkat didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kedua-dua unit tenusu, iaitu Dairies Malaysia dan Dairies Thailand.

“Selain itu, peningkatan penjualan daripada kebanyakan produk juga mendorong kepada pertambahan keuntungan F&N,” katanya.

0 Komentar untuk " Sasar jana pendapatan eksport RM5j "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ