SEMPENA menyambut ulang tahun ke-5, Great Eastern Takaful Bhd (GETB) memperkenalkan produk istimewa, i-Great Ameen khas untuk golongan berusia 50 hingga 75 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zafri Ab Halim berkata, produk tersebut merupakan produk takaful keluarga untuk perlindungan warga emas.
“Idea tersebut dicetuskan memandangkan ramai di kalangan warga emas berusia 50 dan ke atas tidak memiliki perlindungan takaful atas faktor tertentu.
"Kami menamakannya Ameen kerana ia bagaikan jawapan kepada sebuah permohonan yang membawa maksud ‘perkenankanlah’,” ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Katanya, produk tersebut adalah sebagai hadiah untuk memakbulkan hajat menerusi pemberian (takaful) kepada mereka yang tersayang.
Pemberian kasih sayang itu boleh diberikan waris kepada ibu bapa untuk tujuan memanjangkan urusan amal jariah orang yang disayangi setelah ketiadaan mereka kelak.
"Ia juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja seperti ibu, bapa, datuk mahupun nenek kepada anak atau cucu yang boleh digunakan kelak untuk manfaat mereka.
“Pelan ini boleh dianggap sebagai warisan kepada generasi akan datang dan sebagai ikatan kasih sayang berterusan untuk pewaris mereka. Kami menyeru mereka yang tidak mempunyai perlindungan sewajarnya merebut peluang ini yang ditawarkan serendah RM50 seunit dan maksimum sehingga lapan unit,” katanya.
Tanpa syarat ketat
Menariknya, produk baharu itu menawarkan proses pendaftaran amat mudah iaitu tanpa pemeriksaan kesihatan.
"Jika penyumbang meninggal dunia dalam masa dua tahun pertama, mereka layak menerima kembali wang caruman mereka.
“Manakala selepas tempoh tersebut, mereka menerima manfaat perlindungan seperti yang dijanjikan”," katanya.
Pelan takaful i-Great Ameen tidak melibatkan sebarang proses pengauderaitan ketika permohonan dibuat.
Dengan pengecualian ini, orang ramai tidak harus melepaskan peluang terutamanya bagi mereka yang layak memohon. Ianya merupakan hadiah istimewa kami sempena ulang tahun ke-5 GETB.
Jika orang yang dilindungi meninggal dunia berumur 50 sehingga 64 tahun akibat kemalangan, waris akan menerima jumlah manfaat kematian sebanyak 300 peratus. Manakala, bagi mereka berumur 65 sehingga 75 tahun, pampasan tambahan diterima waris adalah sebanyak 150 peratus.
Antara manfaat tambahan lain yang disediakan adalah perkhidmatan badal haji (upah haji) untuk peserta.
Dengan cara itu pihaknya dapat memastikan permintaan penyumbang menunaikan haji dipenuhi setelah mereka meninggal dunia.
Tawaran istimewa ini adalah terhad untuk jangka masa tiga bulan bermula Oktober hingga Disember dan ianya diedarkan 6,000 ejen takaful berdaftar.
Zafri berkata, golongan pra-persaraan juga digalakkan memohon bukan untuk kepentingan mereka, sebaliknya masa depan tanggungan mereka di kemudian hari.
Perkasa perkhidmatan syarikat demi keselesaan pelanggan
Selepas lima tahun bertapak dalam industri ini, GETB mempunyai perancangan untuk meningkatkan jenama itu di pasaran, iaitu dengan menggiatkan lagi usaha agar pemikiran masyarakat lebih terbuka mengenai kepentingan perlindungan takaful.
“Pada 2016, kami merancang mengukuhkan saluran pengedaran produk dengan penambahan bilangan ejen.
"Lebih banyak jalinan kerjasama dengan koperasi dan perniagaan kumpulan dengan menawarkan faedah baru daripada syarikat kami,” katanya.
Kami juga akan meneruskan usaha meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keupayaan saluran pengedaran dengan pertambahan jumlah ejen-ejen takaful terutama ejen sepenuh masa.
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, GETB akan memperkasakan strategi-strategi perniagaan untuk tahun hadapan.
“Beberapa perkara digariskan untuk kecemerlangan ini antaranya menambah baik tahap kecekapan bahagian operasi, penambahan pengambilan ejen-ejen baharu melalui pakej dan aktiviti menarik juga giat dijalankan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti mereka.
"Sehingga penghujung Ogos tahun ini, GETB mempunyai seramai 375,000 pemilik sijil takaful," katanya.
GETB akan terus membina jenama terunggul serta menawarkan produk yang menepati kehendak pengguna.

0 Komentar untuk " i-Great Ameen sasar golongan emas "