TAMAN tema dan pendidikan hiburan kanak-kanak, Kidzania Kuala Lumpur (KidZania) bertambah meriah dengan kerjasama beberapa rakan rasmi industri baharu, antaranya Spritzer Berhad, Media Prima Radio Networks and Canon Malaysia.
Gabenor KidZania Malaysia dan Singapura, Susanah Abdul Rani berkata, sebanyak tiga syarikat meneruskan kerjasama dengan KidZania iaitu Media Prima TV Networks, Stabilo dan BHPetrol.
Menurutnya, kerjasama tersebut menggabungkan elemen pembelajaran dan keseronokan kepada pelajar untuk merasai sendiri kehidupan sebenar.
“Pengunjung khususnya kanak-kanak berpeluang mempelajari ilmu sebenar mengenai penyiaran, pembuatan air minuman botol dan aspek keselamatan terutamanya di stesen minyak antaranya tidak menyalakan api dan menggunakan telefon bimbit.
“Pada tahun ini, KidZania juga disahkan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rakan kokurikulum. Setakat ini, program turun padang, KidZania Go! Memberikan peluang kepada pelajar seluruh Malaysia di Timur Malaysia. Kami berjaya menempatkan
300,000 pelajar dan melibatkan 20,000 seluruh negara. KidZania juga mempunyai 10,000 peserta,” katanya pada sidang media sempena Pelancaran Rakan Rasmi Industri di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Hadir sama ke program itu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran Canon Malaysia, Wataru Nishioka, Pengarah Eksekutif Spritzer Bhd, DR Chuah Chaw Teo, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Television Networks dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Radio Networks, Seelan Paul, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat BH Petrol dan Pegawai- Pegawai Kanan, Azizul Azily Ahmad dan Pengurus Kanan Pemasaran Stabilo, Bernice Loh.
Sementara itu, Pengurus Besar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar berkata, setakat ini, taman tema pendidikan dan hiburan kanak-kanak itu mempunyai 36 rakan rasmi industri.
“Sasaran itu berdasarkan sambutan menggalakkan orang ramai terhadap aktiviti berkonsepkan pendidikan dan hiburan interaktif untuk kanak-kanak yang diketengahkan pihaknya,” katanya,
Sejak dilancarkan pada 2012, hampir 500,000 pengunjung KidZania Kuala Lumpur pada setiap tahun dan sebahagian besarnya adalah kanak-kanak.
“Taman tema kanak- kanak ini boleh memuatkan 1,700 pada satu masa. Kami percaya sasaran itu boleh dicapai dengan pelancaran enam rakan rasmi industri pada bulan ini dan jumlah itu dibuat berdasarkan kepada kapasiti taman tersebut,” katanya.

0 Komentar untuk " KidZania jalin kerjasama tiga rakan industri "