FADHILAT Herbs Enterprise Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Fadhilat Herbs, sebuah syarikat pengeluar minuman kesihatan menubuhkan anak syarikat Fadhilat Global sebagai usaha merancakkan lagi pemasaran produk keluaran mereka.
Pengarah Pemasaran Fadhilat Global, Mohd Nur Firdaus berkata, ia sebagai langkah persediaan syarikat itu mengembangkan sayap pasaran terutama ke beberapa negara Asean seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Menurutnya, dengan kelulusan diberikan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) serta dikeluarkan di kilang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik), sekali gus akan menambahkan lagi keyakinan pengguna terhadap keberkesanan serta keselamatan produk tersebut.
“Sejak diasaskan pada 2007, kami sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap produk Fadhilat Herbs sebagai usaha untuk memuaskan hati pengguna.
“Setakat ini, lebih RM500,000 kami laburkan bagi menaik taraf kilang pengeluaran yang terletak di Kompleks Kilang SME Bank di Telok Mas, Melaka sehingga mencapai pengiktirafan GMP,” katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih penting, di bawah pemasaran diusahakan Fadhilat Global, produk itu masih lagi mengekalkan pada kadar harga mampu bagi semua golongan serendah RM27 sebotol dengan isi padu satu liter.
Manakala bagi Sabah dan Sarawak ia dijual pada harga RM35 sebotol dengan isi padu sama.
“Kami berani menyatakan bahawa produk Fadhilat Herbs antara paling murah kerana banyak produk lain di pasaran mencecah harga pada ratusan ringgit,” katanya.
Penggunaan herba terpilih
Mohd Nur Firdaus berkata, campuran herba terpilih yang diformulasikan Fadhilat Herbs khusus untuk kesihatan lelaki dan wanita dan ia diambil dari sumber segar ladang serta dijamin melalui proses yang bersih lagi suci.
Menurutnya, Keci Beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia.
"Di negara ini, pokok ini lebih dikenali dengan nama Pecah Beling dan daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit dan juga sebagai agen diuretik.
"Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah.
Ekstrak air Pecah Beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan sel leukemia," katanya.
Menurutnya, terdapat banyak kompaun yang diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanilik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.
"Kesimpulannya, daun Pecah Beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi dan mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, anti diabetes dan juga anti mikrob," katanya.
Sementara itu, katanya, pokok Melada Pahit dikenali juga sebagai pokok mempahit, sementara dalam bahasa saintifiknya ia dikenali sebagai Java Brucea.
"Pokok ini ialah sejenis tumbuhan herba yang batangnya berkayu yang mengeluarkan buah. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima matahari secara terus.
"Herba ini amat berkesan untuk membantu mereda masalah darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, kebas, lenguh, lelah, resdung dan juga cirit-birit.
"Selain itu, pokok herba ini juga amat berkesan sebagai pencegah penyakit kanser dan juga batu karang.
"Fakta ini dibuktikan dan disokong oleh kajian sebuah universiti tempatan dan beberapa institusi penyelidikan di luar negara," katanya.
Strategi pemasaran
Sementara itu, Mohd Nur Firdaus berkata, di bawah Fadhilat Global, pemasaran produk Fadhilat Herbs akan lebih meluas dengan didukung kesemua rangkaian ejen yang terdapat di seluruh negara.
“Pengguna boleh mendapatkan produk Fadhilat Herbs di mana-mana farmasi, tokoh jamu dan kedai ubat. Bagi merancakkan lagi jualan produk, kita turut menganjurkan peraduan khas untuk pengguna setia kami bermula 1 November sehingga 31 Disember 2015.
“Untuk menyertainya, pengguna hanya perlu memaparkan testimoni terhadap keberkesanan produk Fadhilat Herbs sepanjang mereka menggunakannya. Kami menyediakan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah keseluruhan RM12,000 bagi pemilik testimoni terbaik,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Fadhilat Global turut mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen jualan produk Fadhilat Herbs termasuk menawarkan individu untuk menjadi mobile stokist dengan modal hanya serendah RM198.
Mereka yang berminat bolehlah menghubungi talian 019-6309969 (Mohd Nur Firdaus) atau menghubungi terus di talian 06-2825569.

0 Komentar untuk " Pasaran produk lebih meluas "