RAMAI penghidap skizofrenia di negara ini keberatan untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang akan dicap sebagai orang tidak siuman oleh masyarakat.
Perunding Kanan Kanak-kanak dan Remaja Hospital Selayang, pakar psikiatri Dr Toh Chin Lee berkata kelewatan mendapatkan rawatan bagi penyakit itu boleh membawa kepada keadaan lebih serius hingga ke tahap membunuh diri.
Menurut beliau, persepsi masyarakat dan kepercayaan budaya terhadap penyakit mental bukan sahaja memberi kesan terhadap penghidapnya, tetapi juga kepada anggota keluarga mereka yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi pesakit daripada masyarakat dan dunia.
"Oleh itu, di samping mendapatkan ubat-ubatan antipsikotik, sokongan dan kesedaran anggota keluarga tentang penyakit ini sangat penting bagi membolehkan penghidapnya mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin.
Penghidap skizofrenia akan mencuba pelbagai bahan tidak sewajarnya seperti heroin, rokok dan alkohol, yang mampu menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih parah," katanya kepada pemberita di sini semalam selepas berlangsungnya bengkel kesedaran tentang skizofrenia.
Skizofrenia merujuk kepada gangguan otak bertahap kronik, dengan penghidapnya mengalami sekurang-kurangnya dua simptom seperti delusi, halusinasi, pertuturan tidak teratur serta kelakuan tidak menentu atau bersifat katatonik.
Sementara itu, pakar psikiatri klinikal dan pensyarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Hazli Zakaria berkata, di Malaysia kini terdapat lebih 3,000 pakar psikiatri dan pekerja kesihatan mental berkelayakan.
"Mereka ini sentiasa besedia untuk membantu pesakit melalui perkhidmatan dan rawatan sewajarnya.
Bagaimanapun, sesetengah individu lebih suka mendapatkan khidmat perawat tradisional kerana bimbang jika mereka berjumpa dengan pakar psikiatri bermakna mereka tidak siuman tetapi sebenarnya mereka tidak begitu," katanya.
Dr Hazli berkata masyarakat perlu mendalami pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mental bagi menepis stigma itu serta menghentikan sikap prejudis, di samping menggalakkan pengesanan awal serta rawatan berkesan untuk penyakit itu.
Menurut beliau, penghidap skizofrenia perlu dibantu untuk pulih daripada penyakit itu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti biasa.
"Walaupun penyakit mental tidak dapat dipulihkan sepenuhnya, namun penghidapnya tetap berhak untuk menikmati kehidupan stabil serta mendapatkan kembali peranan mereka dalam masyarakat," kata Hazli, yang juga pegawai perhubungan media bagi Persatuan Psikiatri Malaysia. - Bernama

0 Komentar untuk " Malu halang penghidap skizofrenia dapat rawatan "