Labur RM600,000 untuk Segamat Rel Cafe - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Labur RM600,000 untuk Segamat Rel Cafe

BERTEMAKAN vintaj, restoran Segamat Rel Cafe memberi suasana baharu buat penggemar makanan tradisi  negeri Johor Darul Takzim.

Beroperasi pada hari ini, Segamat Rel Cafe menyajikan lebih 31 jenis makanan tradisi Johor popular antaranya mi bandung, nasi ambeng, nasi beriayani dan pelbagai lagi.

Pengurus Besarnya, Mazlan Othman berkata, dengan konsep vintaj, Segamat Rel Cafe mahu pengunjung merasakan suasana santai dan lari daripada konsep kopitiam sedia ada.

"Mungkin daripada sudut pandang, restoran ini dianggap ala kopitiam, tetapi kami menyediakan hidangan ala carte yang mengenyangkan.

"Di samping itu, kami dalam proses membuka sebuah lagi outlet bersebelahan restoran ini," katanya.

Restoran milik Mohd Zainuddin Omar ini diinspirasikan daripada kedua ayah ibunya yang suka pada bidang masakan.

"Kerana itulah, terhasillah restoran ini. Secara keseluruhan konsep, makanan dan susun atur restoran ini adalah idea daripada Zainuddin.

"Kami hanya merealisasikan sahaja termasuk pada makanan yang perlu mengikut kehendaknya," katanya.

Mazlan berkata, tempoh menyiapkan restoran ini hampir dua tahun dengan kos keseluruhan RM600,000.

"Buat masa ini, semua berjalan dengan baik. Kakitangan merupakan mereka yang berpengalaman dari pelbagai syarikat ternama.

"Kami berharap ia mampu memberi kelainan kepada pengunjung khususnya pencinta makanan Johor ini," katanya.

Pemilihan Shah Alam, Selangor sebagai lokasi pertama restoran, Mazlan berkata, ia adalah strategik.

"Shah Alam sudah terkenal apatah lagi lokasi kami berhampiran pejabat dan bank, ia memudahkan pengunjung untuk mencuba.

0 Komentar untuk " Labur RM600,000 untuk Segamat Rel Cafe "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ