SETIAP jemaah mempunyai pengalaman tersendiri ketika menunaikan haji di Makkah. Sesetengahnya mengalami pengalaman pahit dan ada pula yang manis, manakala sesetengahnya pula menerima pengalaman menggembirakan dan ada pula yang menyedihkan.
Yang penting semua jemaah mesti sanggup menerima ketentuan yang ditetapkan Allah SWT. Jemaah yang menerima pengalaman menggembirakan patut bersyukur, manakala yang ditimpa kesedihan hendaklah bersabar menghadapi ujian Allah Yang Maha Esa. Pasangan jemaah haji, Mohd Marzuki Abdullah, 41, dan isterinya, Nazifah Daud, 33, bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menempuh ujian-Nya dengan hati yang terbuka dan ikhlas sepanjang menunaikan rukun Islam kelima itu.
Lebih bermakna bagi Mohd Marzuki, beliau berkesempatan menguruskan jenazah jemaah yang meninggal dunia akibat insiden rempuhan jamrah di Mina untuk dimandikan sebelum disolatkan di Masjidil Haram dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. "Perasaan takut hilang apabila semangat mahu menolong begitu tinggi di sanubari. Saya memberanikan diri untuk menjadi sukarelawan yang membantu menguruskan jenazah untuk dimandi, disolatkan dan dikebumikan," katanya pada pertemuan di Shah Alam, baru-baru ini.
Perlu cekal urus jenazah
Beliau berkata, tidak ramai jemaah boleh melakukan kerja sukarelawan menguruskan jenazah jika tidak mempunyai hati yang cekal. Katanya, beliau akan menunggu jenazah di lokasi antara Safa dan Marwah, kemudian jenazah dibawa masuk ke masjid. Jenazah akan dikumpulkan di tempat yang ditetapkan sementara menunggu selesai solat fardu. Kemudian imam akan ke tingkat satu tempat jenazah diletakkan dan selepas solat, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Cheraia, di Timur Mina. Kebiasaannya hanya ada seorang pemandu van jenazah, oleh itu, sukarelawan diperlukan bagi membantu membawa jenazah ke dalam masjid dan selepas segala urusan di masjid selesai, sukarelawan diperlukan bagi membawa jenazah ke perkuburan.
"Jenazah dipindahkan dari van ke kereta khas yang boleh membawa jenazah ke pintu Masjidil Haram kemudian ke tempat dikhaskan. Ada jenazah yang tidak ditutup wajahnya kerana mereka meninggal dunia ketika dalam ihram," katanya. Menurutnya, Rasulullah SAW pernah memerintahkan supaya jenazah berkenaan dimandikan dengan air dicampur daun bidara serta dikafankan dengan dua potong kain ihramnya. Baginda juga melarang mereka memandikannya dengan pewangi dan turut melarang menutup kepala serta wajahnya. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ia akan dibangkitkan kelak di hari kiamat dalam keadaan bertalbiyah." (Riwayat Bukhari)
Marzuki berkata, melakukan kerja sukarela itu menimbulkan keinsafan begitu juga menunaikan ibadah haji banyak memberi pengajaran seperti keadaan suasana panas di Arafah yang menyebabkan beliau hampir pengsan mengingatkan kepada keadaan di Padang Mahsyar nanti. Katanya, pengalaman berdoa di Padang Arafah di bawah panas terik matahari tanpa berteduhkan khemah ternyata memberi kesan mendalam di samping menguatkan semangat untuk terus istiqamah melakukan kebaikan.
MOHD Marzuki (kanan) bergambar kenangan di hadapan Bukit Uhud di Madinah, baru-baru ini.
Bantu warga tua
Justeru, apabila ada waktu lapang, beliau akan turut membantu menghantar jemaah warga tua Malaysia ke Pusat Kesihatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Shisha, Makkah. Katanya, ramai jemaah haji yang meninggal dunia di pusat kesihatan berkenaan.
"Menunaikan ibadah haji memberi 1,001 pengalaman kerana setiap yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Jadi, hati sentiasa berdoa supaya ibadah atau apa sahaja kebaikan dilakukan diterima oleh-Nya.
"Tempat bersejarah yang dilawati memiliki kisah tersendiri dan apabila dihayati menimbulkan perasaan sukar digambarkan. Makam syuhada di kaki Bukit Uhud memberi keinsafan sementara menziarahi makan Rasulullah SAW dan sahabat perasaan lain dirasakan," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/95576

0 Komentar untuk " Bantu urus jenazah mangsa tragedi Mina timbulkan keinsafan "