Jual aiskrim sejak Perang Dunia Kedua - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jual aiskrim sejak Perang Dunia Kedua

SIAPA tidak kenal Baskin Robbins, syarikat pembuatan aiskrim terkenal di seluruh dunia. Salah seorang pengasasnya merupakan tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua.

Sebelum penubuhan syarikat tersebut, Irvine Robbins bekerja dengan ayahnya yang memiliki perniagaan aiskrim secara kecil-kecilan manakala seorang lagi pengasasnya, Burton Baskin adalah tentera laut berpangkat leftenan.

Meskipun menjadi anggota tentera, Burton menjual aiskrim kepada rakan sejawatnya secara kecil-kecilan. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada 1945, kedua-dua ipar ini berazam mengembangkan perniagaan aiskrim mereka sekali gus menyebarkan kesedapan aiskrim ciptaan mereka.

Pada 1945, atas nasihat ayah Irvine, kedua-dua mereka berpecah dan membuka kedai sendiri demi mengembangkan perniagaan.

Irvine membuka kedai aiskrim yang dinamakan Snowbird, berpangkalan di Glendale, California.

Manakala, Burton pula membuka kedai aiskrim pada 1946 dengan menggunakan namanya sendiri dan membuka sebuah kedai di Pasadena, California.

Menjelang 1948, kedua-dua syarikat ini berjaya membuka 12 kedai di Amerika Syarikat.

Burton dan Irvine menyedari jumlah kedai yang dibuka semakin banyak dan suatu perancangan perlu dilakukan untuk mengekalkan piawaian yang mereka letakkan sebelum ini.

Pada 1949, mereka sudah memiliki 40 cawangan. Pada 1953, mereka membuat keputusan bergabung dan menubuhkan sebuah syarikat secara bersama yang dinamakan sebagai Baskin Robbins.

Baskin Robbins berjaya membuka lebih 400 cawangan di seluruh Amerika pada pertengahan 1960-an dan pada 1970, syarikat tersebut menembusi pasaran antarabangsa.

Kini, syarikat itu sudah mempunyai kira-kira 5,800 cawangan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Aiskrim paling disukai peminat Baskin Robbins adalah Mint Chocolate Chip dan Pralines ‘n Cream.

Selain aiskrim, syarikat itu melakukan inovasi dengan mencipta aiskrim kek.

0 Komentar untuk " Jual aiskrim sejak Perang Dunia Kedua "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ