KALAU semua Cina memeluk Islam dan diberi amanah memimpin Islam di Malaysia, wacana Islam akan sangat berbeza. Yang paling ketara berbeza ialah isu anjing dan babi.
Masyarakat Cina tidak fobia sentuh anjing dan babi dan tidak mempunyai mitos-mitos yang berkait dengan kedua haiwan ini. Saya sendiri pernah diberitahu bahawa kalau tersentuh kedua haiwan ini, rosak aqidah.
Semasa acara I want to touch a dog tahun lalu, ada surat khabar yang sensasikan isu sampai kaitkan dengan usaha memurtadkan. Ia mudah menjadi sensasi kerana mindset umat Islam sendiri. Tetapi isu sentuh dadah tidak disensasikan pula.
Kalau semua Cina peluk Islam dan diberi amanah memimpin Islam, isu Bumiputera dan bukan Bumiputera tidak wujud lagi. Mana-mana bangsa yang memperjuangkan agama dan memakmurkan tanah, itulah Bumiputera yang sebenarnya kerana ia tunduk pada Tuan punya bumi iaitu ALLAH SWT.
Mana-mana yang kononnya “Bumiputera” tetapi merosakkan agama, makan rasuah berbilion, itu bukan Bumiputera pada hakikatnya kerana ia mengkhianati Tuan punya bumi.
Umat Islam akan melihat konsep Bumiputera dalam erti kata khalifah fi al-ardh (khalifah di muka bumi). Sesiapa yang tunduk pada Tuan dan memakmurkan tanah mengikut syariat Tuan, dialah ‘bumikhalifah’.
Dengan konsep ‘bumikhalifah’ yang luas ini, umat Islam di Malaysia akan berusaha untuk memakmurkan dunia tanpa sempadan. Konsep Bumiputera yang sempit hanya akan menyempitkan skop kita seolah-olah kita hanya fikir untuk menjadi juara kampung sahaja.
Wacana katak di bawah tempurung seperti ‘Bumi Malaysia milik kami’ akan berhijrah kepada wacana ‘Seluruh bumi dan galaksi adalah amanah kami!’
Cina sudah pun berusaha menjajah dunia tanpa sempadan. Seluruh bumi adalah berpotensi menjadi tanah perniagaan Cina. Tetapi kalau Cina memeluk Islam, seluruh bumi adalah amanah ALLAH SWT kepada sesiapa yang beriman.
Kalau semua Cina memeluk Islam dan menjadi pemimpin Islam, wacana Islam akan menjadi lebih luas. Penafsiran fiqh tidak akan melihat dari perspektif mazhab Shafi’i dan adat satu bangsa sahaja kerana setiap bangsa ada kecenderungannya sendiri.
Ada aspek mazhab Shafi’I yang sesuai dengan naluri satu bangsa tetapi tidak sesuai dengan naluri bangsa yang lain. Anjing mungkin najis bagi satu bangsa, tetapi suci bagi bangsa yang lain. Lagipun ini hanya soal khilaf yang kecil.
Bukan soal aqidah. Dengan wujudnya Cina Muslim yang berjuta-juta di Malaysia, sudah tentu wacana fiqh tidak akan dimonopoli oleh satu adat, satu bangsa dan satu mazhab sahaja. Islam akan muncul mantap sebagai rahmah lil-‘aalamiin.
Kalau semua Cina peluk Islam dan diberi amanah memimpin Islam, zakat di baitulmal lebih dari cukup untuk menampung pendidikan percuma kepada semua rakyat Malaysia! Fokus pada pendidikan dan kualiti pendidikan menjadi agenda negara yang paling utama.
Persaudaraan yang rapat antara Melayu dan Cina sudah tentu akan memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan yang akan digunakan secara meluas dalam dunia swasta.
Kerana China sedang naik sebagai kuasa dunia, bahasa Mandarin juga akan menjadi bahasa kedua yang paling popular di Malaysia. Melayu dan Cina di Malaysia akan bekerjasama sebagai satu ummah untuk bersaing dengan kebangkitan China! Bahkan kita akan lihat bakal PM fasih berbahasa Malaysia dan Mandarin.
Kalau semua Cina peluk Islam dan diberi amanah memimpin Islam, bangsa Melayu akan merasai kembali kegemilangan tamadun Melaka pada zaman kerjasama politik yang erat antara Laksamana Cheng Ho dan Sultan Melaka. Tiada lagi cemuhan “Lu balik Chinalah” atau “Melayu balik kampunglah”. Yang ada ialah “Lu kahwin dengan anak sayalah!”
Bila berleluasanya perkahwinan campur, sudah tentu satu hari akan wujud satu bangsa yang unik, berkarisma, berpengaruh, berpaksikan Islam. Inilah bangsa Malaysia.
Tiba-tiba saya terkejut dari tidur. Maafkan saya kalau saya mengingau sepanjang artikel ini. Rupanya saya hanya bermimpi.
Saya tidak tahu sama ada mimpi ini akan menjadi kenyataan atau tidak. Mungkin tak realistik. Tetapi apa yang saya tahu, saya akan teruskan dakwah kepada masyarakat Cina.
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (MACMA)

0 Komentar untuk " Kalau semua Cina peluk Islam "