BUAT pertama kali di dalam industri teksi negara, hampir seluruh warga teksi menjadi marah kepada kerajaan. Segalanya berpunya di atas kegagalan SPAD mengurustadbir sistem pengangkutan awam (teksi) dengan baik.
Terdahulu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengulas isu teksi di Dewan Rakyat, dalam ulasan beliau, beliau menamakan kenderaan yang terlibat dengan Uber dan MyTeksi (Grabcar) sebagai “TEKSI” yang tidak berdaftar dan tidak berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Saya percaya dengan kehadiran Aplikasi Uber dan Aplikasi MyTeksi (Grabcar) beliau terkeliru diantara TEKSI dan KERETA SAPU.
Beliau turut menjelaskan dasar Kerajaan, bahawa tempahan teksi melalui aplikasi adalah dibenarkan selagi mereka menggunakan kenderaan yang mempunyai lesen pengendali dan aktiviti tersebut tidak melanggar undang-undang negara.
Namun apa yang belaku hari ini, penyedia aplikasi Uber dan MyTeksi (Grabcar) telah melanggar Undang-Undang Negara, apabila aplikasi tersebut disediakan atau digunakan kepada kenderaan yang tidak berlesen, dan perkara ini jelas telah melakukan kesalahan.
Seterusnya Kementerian Pengangkutan melalui Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengulas isu berkenaan industri teksi Negara, beliau memaklumkan Kementerian Pengangkutan mahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyelesaikan masalah terhadap “TEKSI BEBAS”.
Ujarnya “SPAD harus mengkaji kaedah terbaik bagi mengawal selia operasi teksi bebas bagimewujudkan situasi menang-menang”. Saya percaya beliau juga terkeliru diantara Teksi Bebas, Teksi dan Kereta Sapu.
Selanjutnya CEO SPAD Mohd Azharuddin Mat Shah memaklumkan pihaknya sering menerima aduan berkenaan teksi yang enggan menggunakan meter.
“Antara aduan kerap daripada pengguna memilih “TEKSI BEBAS” adalah kerana pemandu teksi tidak menggunakan meter, penggunaan kenderaan lama, busuk serta sikap kasar berbanding pemandu Uber, jadi ini juga perlu diberi perhatian”, katanya.
Sebenarnya saya boleh terima jika Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Datuk Seri Liow Tiong Lai terkeliru diantara Teksi dan Kereta Sapu, kerana mereka tidak berada didalam industri teksi Negara.
Tetapi bila seorang yang berpangkat besar didalam SPAD tidak mampu membezakan Teksi dan Kereta Sapu, saya rasa Kerajaan harus sedar rintihan warga teksi dan merombak SPAD.
Berhubung kenyataan yang dibuat Mohd Azharuddin Mat Shah bahawa pemandu teksi tidak menggunkan meter, penggunaan kenderaan lama, busuk serta sikap kasar. Saya percaya itu adalam masalah dalaman yang seharusnya SPAD selesaikan secara bijaksana, dan bukannya menghalalkan aktiviti Kerata Sapu.
Saya pernah menyuarakan cadangan kepada Syed Hamid Albar bagi menyelesaikan masalah pemandu teksi secara propersional, saya mencadangkan agar SPAD mewujudkan Pelan Migrasi Lesen Pengendali, pelan ini kelak akan memberi peluang kepada seluruh pemandu teksi memiliki permit teksi individu setelah mereka tamat perjanjian sewa beli, secara tidak langsung pelan ini akan membebaskan pemandu teksi dari penjajahan syarikat.
Masalah tidak menggunakan meter dan sikap kasar pemandu teksi adalah masalah sikap dari segelintir pemandu teksi, yang memerlukan kepakaran SPAD mendisplinkan pemandu teksi tersebut, atau menyingkir mereka dari industri teksi Negara, dan bukannya menghalalkan Kereta Sapu.
Masalah berkenaan kenderaan lama dan kenderaan berbau busuk, ia adalah berpunca dari tekanan hidup yang terpaksa pemandu teksi hadapi setelah pihak syarikat memerah kedarat mereka, sebagai contoh pemandu teksi terpaksa membayar sewa kepada syarikat lebih RM1500 setiap bulan selama 5 tahun bagi kenderaan Proton Waja, sedangkan dengan kadar RM1500 itu pemandu teksi mampu membiayai kenderaan yang lebih mewah.
Seharusnya SPAD dikendalikan oleh individu-individu yang mempunyai pengalaman, dan pengetahuan didalam industri teksi negara, selain itu mereka harus mempunyai wawasan dan keazaman untuk menyahut seruan Kerajaan menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi, agar kebajikan dan ekonomi pemandu teksi terjamin, seterusnya pemandu teksi mampu memberi perkhidmatan yang memuaskan, dan tidak memarahi Kerajaan.
Namun apa yang belaku sejak penubuhan SPAD, pemandu teksi terus dipersalahkan, lebih memburukkan keadaan apabila SPAD yang telah diamanahkan Kerajaan bersikap lepas tangan.
KAMARUDIN MOHD HUSSAIN
T/ Pengerusi @ Setiausaha Persatuan Transformasi Malaysia (PERS1M)

0 Komentar untuk " Ini sebab warga teksi marah kerajaan "