MYNIC Berhad (Mynic) menyasarkan 5,000 syarikat atau perniagaan baharu khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk melanggan Bisnes Online Bundle (Bob) menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Mynic, Hasnul Fadhly Hasan berkata, pakej Bob ini diwujudkan bagi membantu syarikat dan perniagaan memperluaskan penggunaan digital dengan melengkapkan kemudahan asas dalam talian.
“Pakej ini menawarkan kemudahan dalam mendapatkan nama domain, e-mel profesional, pengehosan laman sesawang dan perlindungan antivirus.
“Kami sedar banyak syarikat atau perniagaan baharu menganggap untuk mendapatkan semua kemudahan ini adalah mahal. Kami menawarkan harga promosi serendah RM180 setahun termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya ketika pra pelancaran pakej Bob di Seri Kembangan, baru-baru ini.
Menurutnya, pakej RM180 itu adalah harga yang berpatutan kerana pelanggan boleh berjimat sehingga RM190 atau 51 peratus berbanding membeli item-item yang ditawarkan secara berasingan dengan nilai RM370.
Katanya, pelanggan juga diberi pilihan untuk mendapatkan satu latihan laman sesawang menggunakan platform wordpress pada harga hanya RM100.
Bagaimanapun, katanya, pakej promosi itu hanya sah sehingga akhir tahun ini.
Menurutnya, syarikat dan perniagaan yang ingin melanggan Bob pada tahun hadapan akan dikenakan caj RM250.
Hasnul berkata, kemudahan dalam talian dan e-dagang adalah penting bagi kebanyakan syarikat masa kini kerana ia akan memudahkan peniaga berinteraksi dan berurusan dengan pelanggan.
“Kami gembira dapat menawarkan pakej mampu milik terutamanya kepada peniaga PKS kerana sasaran kami adalah untuk menyediakan pakej yang cepat, mudah dan senang dengan harga yang berpatutan,” katanya.
Mynic adalah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastruktur ICT di Malaysia.

0 Komentar untuk " Jangka 5,000 syarikat langgan Bob "