TAK kenal maka tak cinta. Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan keadaan Siti Hajar Ahmat sebelum mengenali kimchi, sayur masin yang diperap.
Siapa sangka, Siti Hajar yang merupakan Pengasas Shapinkheart Resources sebelum ini tidak suka makanan tradisional Korea itu, namun kini mengusahakan perniagaan kimchi sejak dua tahun lalu, menerusi jenama Kimchi Malaysia.
“Dulu, saya tidak suka bau kimchi yang kuat dan membantutkan selera untuk mencubanya.
“Kini, saya sangat gemarkan kimchi dan sanggup belajar cara membuatnya daripada orang Korea sendiri serta menjualnya di seluruh Malaysia,” katanya.
Segalanya bermula apabila dia dan rakan-rakannya bercuti ke Korea pada April 2010.
"Kimchi menjadi menu wajib masyarakat Korea setiap kali waktu makan tidak kiralah pagi, tengah hari mahupun petang.
"Disebabkan sukar mendapatkan makanan halal dan ragu-ragu, kami hanya berani menjamah hidangan sayur-sayuran saja. Mahu atau tidak, saya terpaksa makan juga kimchi yang dihidangkan. Kali pertama mencubanya, saya terus jatuh hati dengan rasanya yang kena dengan selera saya dan sedap," katanya.
Belajar daripada orang Korea
Bermula dari situ, Siti Hajar menjadi ketagih makan kimchi dan sanggup mempelajarinya daripada jirannya, warga Korea yang kebetulan memang pandai membuat kimchi ketika masih menetap di Kuala Lumpur.
"Saya juga belajar cara penyediaan kimchi daripada chef Korea. Apabila jiran saya itu berpindah, tiada lagi pembekal kimchi membuatkan saya membuat sendiri kimchi itu.
"Percubaan kali pertama, saya gagal dan terpaksa buang sebab tidak boleh dimakan. Saya turut membuat carian di internet cara buat kimchi, tetapi tidak berjaya," katanya.
Akhirnya, setelah banyak kali mencuba dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), Siti Hajar berjaya menghasilkan kimchi sendiri.
"Saya tidak menggunakan serbuk cili daripada Korea kerana sukar untuk mendapatkan bahan itu di Malaysia. Kalau ada pun, harganya sangat mahal. Jadi saya gunakan serbuk cili yang hampir sama rasanya dengan serbuk cili Korea.
"Pada mulanya, saya hanya buat kimchi untuk makan sendiri. Bila saya jamu rakan-rakan dengan kimchi buatan saya, mereka suka dan mula buat tempahan.
Siti Hajar kemudian memuat naik kimchinya ke dalam Facebook, membuatkan kimchinya semakin dikenali dan banyak tempahan diterima.
Menariknya, Kimchi Malaysia itu bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, tetapi juga boleh digunakan sebagai bahan dalam masakan seperti siakap tiga rasa, telur dadar dan sup kimchi.
Siti Hajar yang masih lagi bekerja sepenuh masa sebagai eksekutif kanan di salah sebuah syarikat telco di Selangor hanya membuat kimchi pada hujung minggu.
"Setiap minggu, purata 30 kilogram (kg) tempahan diterima dan kadang-kala pernah mencecah 50kg apabila produk saya disiarkan di televisyen atau akhbar. Selain itu, saya juga pernah mengikuti jualan atas talian, #MyCyberSALE," katanya.
Kimchi Malaysia dijual dalam dua bekas iaitu 500 gram (g) dan 1kg, masing-masing pada harga RM20 dan RM40 tidak termasuk kos penghantaran.
Shapinkheart Resources juga mempunyai tiga ejen yang menjual Kimchi Malaysia iaitu di Sarawak, Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang serta bakal menambah satu lagi ejen di Pulau Pinang, tidak lama lagi.
Pentingkan kualiti
Walaupun pembuatan kimchi kelihatan seperti mudah memandangkan hanya menggunakan sayur-sayuran, namun Siti Hajar mengakui ada kalanya dia terpaksa menangguhkan penghantaran pesanan pelanggan pada musim-musim tertentu.
Ini kerana, bukan semua sayuran yang ada di pasaran adalah segar dan cantik.
"Saya pentingkan kualiti, saya akan pilih sayur yang benar-benar segar dan cantik. Contohnya, kubis China, saya tidak akan ambil kubis yang berlubang atau berwarna kekuningan. Pernah suatu ketika, saya pergi sampai empat pasar raya semata-mata untuk mencari sayuran segar.
"Pernah juga tempahan pelanggan yang sudah diposkan sampai dalam masa seminggu, tetapi saya gantikan semula kimchi pelanggan itu kerana saya hendak jaga kualiti," katanya.
Menurutnya, jika harga sayur-sayuran yang dibelinya murah, dia akan memberikan diskaun sehingga 50 peratus kepada pelanggannya.
Sebelum berniaga kimchi, Siti Hajar pernah menjual produk kesihatan menerusi perniagaan pemasaran bertingkat (MLM) pada 2007.
"Namun, saya hentikan perniagaan produk itu untuk beri tumpuan kepada perniagaan kimchi. Lagipun, kimchi juga merupakan makanan kesihatan dan saya memang mahu jual produk saya dengan jenama sendiri.
"Sebelum ini, saya turut aktif dalam perniagaan membuat kek novelty dan kek lapis Sarawak. Namun, saya perlahankan perniagaan ini untuk buat kimchi kerana permintaannya yang tinggi. Kalau ada tempahan kek dan saya ada masa terluang, saya sedia membuatnya," katanya.

0 Komentar untuk " Kimchi Malaysia air tangan Siti Hajar "