RM optimis tingkat jualan produk - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

RM optimis tingkat jualan produk

RADIANCE Manufacturing Sdn Bhd (Radiance Manufacturing), pengedar produk kesihatan dan kecantikan milik Bumiputera menerusi jenama RM optimis mencapai sasaran jualan lebih 10,000 unit sebulan bagi produk rambutnya, Black.

Eksekutif Jualan dan Pemasarannya, Mohd Hyrinizam Roslan berkata, peningkatan jualan itu bakal dipacu menerusi promosi hujung tahun dan sempena sambutan tahun baharu.

"Black didatangkan dengan dua produk untuk rambut iaitu syampu dan krim rambut, masing-masing bagi isian 100 mililiter (ml) dan 100 gram (g) yang biasanya dijual padaharga RM49.90 di pasaran.

"Namun, sepanjang tempoh promosi ini, pengguna boleh mendapatkan Black bersama skrub badan, Shape Scrub Gel pada harga RM55 saja, dengan penjimatan sebanyak RM21.90," katanya.

Hampir dua tahun dalam pasaran, sambutan terhadap produk Black sangat memberangsangkan terutama di Kelantan, Johor, Perak dan Selangor sehingga habis dijual setiap bulan.

"Produk kami dijual di kedai dan toko-toko jamu dan kecantikan. Kami turut mempunyai hampir 50 stokis dan lebih 30 ejen dropship di seluruh Malaysia termasuk Sabah, selain dijual secara atas talian (online)," katanya.

Produk Black sesuai untuk lelaki dan wanita dikatakan boleh mengatasi masalah keguguran, kelemumur serta mengawal pertumbuhan uban. “Produk ini wangi dan ia mampu bertahan lebih lama. Kesannya pula boleh dilihat apabila pek pertama produk dipakai,” katanya.

Selain produk rambut, Mohd Hyrinizam berkata, Radiance Manufacturing turut menjual Fruity Lipstick Collagen dan Shape Scrub Gel, yang dijual pada harga RM27 dan Asian Natural Two-Way-Cake (RM33).

Kebanyakan produk jenama RM itu adalah berasaskan herba antaranya spirulina, minyak zaitun, minyak kelapa dara dan mengkudu.

Semua produk tersebut adalah 100 peratus keluaran Bumiputera Islam dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi orang ramai usah ragu-ragu untuk menggunakan produk kami yang selamat kerana berdaftar dengan KKM,” katanya.

Bakal buka kilang sendiri

Pada tahun hadapan, Radiance Manufacturing merancang membuka kilang sendiri di Kuala Selangor bagi meningkatkan lagi pengeluaran produknya, sekali gus merancakkan jualan syarikat tersebut.

"Kami dalam proses untuk mendapatkan sijil amalan pengilangan yang baik (GMP) daripada KKM," katanya.

Syarikat itu belum bercadang untuk menerokai pasaran luar negara pada masa terdekat ini, sebaliknya hanya mahu memfokuskan kepada usaha mengukuhkan jenama RM di seluruh Malaysia.

“Dengan adanya kilang sendiri nanti, kami menjangkakan jualan tahunan syarikat akan meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun depan,” katanya.

Pada 2016, syarikat itu merancang untuk menambah 150 stokis di seluruh negara bagi merancakkan pertumbuhan jualannya.

Dalam pada itu, Radiance Manufacturing sedang mengkaji pasaran bagi mengeluarkan produk makanan dan minuman kesihatan pada hujung 2016.

“Ketika ini, kami sedang meneliti kehendak pelanggan dalam segmen ini supaya apabila produk keluar nanti, ia akan dapat permintaan,” katanya.

Black penyelesai masalah rambut

Duta produk Black, Naemul Helmi Mohd Napiah, artis nasyid daripada kumpulan Mirwana sudah memakai produk rambut Black jenama RM sejak lapan bulan lalu sebelum menjadi duta.

“Mohd Hyrinizam sendiri memperkenalkan produk ini kepada saya ketika menghadiri satu program.

"Pada masa sama, Radiance Manufacturing meminta saya jadi duta, saya tidak ragu-ragu kerana saya pengguna Black. Saya suka dengan produk mereka kerana kira-kira 98 peratus produknya berasaskan herba," katanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia menghadapi masalah keguguran rambut, bagaimanapun ia berjaya diatasi dengan Black.

"Sebagai penyanyi yang sering menerima undangan ke acara dan program televisyen, saya kerap menggunakan produk mengandungi bahan kimia seperti mekap dan sebagainya.

"Jadi, syampu dan krim Black ini menyeimbangkan semula untuk jaga rambut saya.

Alhamdulillah, produk ini berkesan dan rambut saya kurang gugur," katanya.

0 Komentar untuk " RM optimis tingkat jualan produk "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ