*AKMAL Nasrullah Mohd Nasir yang mengetuai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat (NOW), akan disiasat polis kerana memberi maklumat rahsia mengenai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Akmal kerana mengaitkan YB berkenaan dengan dakwaan penyelewengan yayasan tersebut.
Dalam pada itu, yayasan sendiri telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat siapa orang dalam yang membocorkan dokumen kepada Akmal.
Akmal akan disiasat, orang dalam pun sedang dicari. Umum kini bertanya, apa jadi pada tuduhan penyelewengan yayasan Islam itu? Diam begitu sahajakah?
*KETUA Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata, dokumen yang dicuri oleh NOW itu telah diputar belit untuk mengelirukan orang ramai.
Katanya, yayasan akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan. Penyumbang hilang keyakinan. Daripada 5,000 penyumbang, 3,000 telah menarik diri.
Selain penjelasan kepada penyumbang, yayasan patut sekali memberi penjelasan kepada umum mengenai tuduhan penyelewengan yang dibuat oleh NOW.
Memang polis boleh siasat Akmal. Polis juga boleh menyiasat siapa orang dalam yang membocorkan rahsia. Tetapi dalam masa sama siasatan juga perlu dibuat terhadap butiran dan fakta-fakta yang dinyatakan oleh Akmal.
Jangan hanya siasat pembocor maklumat. Isu ini melibatkan keyakinan umum terhadap yayasan. Tolong selamatkan yayasan dari krisis keyakinan!
*MULA-MULA Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan hanya media tertentu yang akan dibenarkan membuat liputan perhimpunan agung parti bulan depan.
Katanya wartawan dari portal berita dalam talian akan dihalang membuat liputan “kerana laman-laman web dalam talian suka putar-belit...”
Dulu-dulu sekatan terhadap wartawan dari media tertentu untuk membuat liputan hanya dilakukan oleh beberapa parti bukan Umno, dan Umno menganggap tindakan parti-parti tersebut sebagai pengecut sebab menyekat kebebasan media.
Apakah Umno pun sudah pengecut dan ingin menyekat hak media?
*HANYA beberapa jam selepas membuat kenyataan tersebut, dan entah atas desakan siapa, Ku Nan tiba-tiba membuat U-turn dengan menegaskan tiada sebarang sekatan untuk media membuat liputan perhimpunan yang akan bermula 8 Disember.
Katanya seperti yang dilaporkan media: “Kita terima banyak maklum balas di seluruh negara. Kita dengar pendapat mereka dan buat keputusan untuk benarkan media membuat liputan seperti biasa.”
U-turn itu adalah satu keputusan yang tepat, kerana ini menunjukkan sikap terbuka yang telah diamalkan oleh parti itu selama ini.
Lagi pun Umno, sebagai parti terbesar dan tulang belakang BN, tidak perlu takut kepada mana-mana media. Kalau ada mana-mana wartawan/ media memutar belit fakta, ambil tindakan undang-undang ke atas mereka.
Dalam era teknologi maklumat kini, menyekat wartawan untuk membuat liputan mengenai perkara penting, adalah tindakan yang akan dianggap paling tidak pandai.
*VAPE diharamkan di Negeri Jelapang Padi. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan hukum menghisap rokok elektrik (vape) dan shisha stick adalah haram.
Menurut Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hukum itu diputuskan melalui hasil mesyuarat jawatankuasa itu pada 23 November lalu.
Apakah dengan keputusan tersebut bermakna mereka yang menghisap vape akan dikenakan tindakan? Sekiranya tidak ada tindakan, hukum fatwa itu tidak berkesan dan vape akan terus berleluasa.
Samalah seperti hukum haram ke atas rokok yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak sekian lama, tetapi rokok boleh dibeli dan dihisap dengan bebas, tanpa sebarang tindakan. Nampak macam kelakar, haram tetapi boleh terus dihisap.
*AKHIR kalam, berita baik untuk bola di negeri Johor. Kerajaan negeri mengumumkan insentif keseluruhan berjumlah RM2 juta kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ekoran kejayaan muncul juara Piala AFC 2015.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim pada Majlis Makan Malam Penghargaan Penaja dan Media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru.
Semoga dengan insentif itu, JDT semakin bersemangat. Apakah negeri-negeri lain tidak berhasrat untuk memberi insentif seperti negeri Johor?

0 Komentar untuk " Jangan siasat hanya pembocor rahsia "